
RANGKAP-RANGKAP DI BAWAH DINUKILKAN PADA 2 OKTOBER 2007...ULANGTAHUN KE-3
Seperti yang aku maklumkan kepada kamu…aku sedang dilanda mood ASMARADANA ketika ini…jadi entri ini adalah tribute untuk kamu MLS…aku mahu khabarkan kepada dunia bagaimana masa dan ketika nya aku memulakan hubungan platonik antara aku dan MLS di suatu detik yang aku sendiri sedang di dalam fasa separa sedia untuk bercinta…betul kata-kata Mort Sahl
"The bravest thing that man do is love women"
Mungkin kamu benar Mort, cinta memang perlu keberanian mencuba, menghadapi risiko, membuat keputusan, menerima ujian kiri dan kanan sebelum seorang lelaki mampu melafaz ungkapan suci kepada hati kepunyaan jantina berlainan …bila aku kata cinta, ia adalah cinta platonik bukan cinta mat rempit dan minah dirempit yang mempunyai postur badan tonggek tahan lama yang aku kagumi, bukan cinta monyet tatkala mukus di dalam lubang hidung belum lagi kering atau cinta bangla dan mat indon yang datang bekerja di Malaya dan bercinta untuk melempias nafsu walhal sudah ada anak bini di kampung sana…bukan cinta itu..
Tatkala itu aku dan MLS tidak pernah isytihar yang kami sedang dilamun perasaan cinta…tapi memang ada pepatah tanah besar cina yang berbunyi…
"Married couples who love each other tells each other thousand things without talking"
mungkin benar mungkin juga tidak tapi tatkala itu aku yakin aku telah jatuh cinta…Tuhan sudah suluhkan cahaya cinta agong tepat ke arah ubun-ubun MLS supaya aku nampak dia dalam kegelapan dan mundane dunia pongget…dan ya…tatkala itu gembira aku luarbiasa…bak kata Victor Hugo
"Life’s greatest happiness is to be convinced that you are in love"
Aku memilih untuk melamar MLS dan bukan sekadar mengisytihar (declare) atau konsep status paham-paham sendiri…aku mahu rasa tanggungjawab cinta itu terbeban di atas bahu nihilis aku…supaya aku lebih jadi jantan yang tahu tugas…tahu status hos aku…dan tahu mana tempat patut aku halakan hos supaya bila ada yang menduga…aku akan ingat aku yang ambil tanggungjawab ini…bukan MLS
Petang itu tanggal 2 haribulan Oktober…aku menjemput MLS keluar buat kali pertama…aku lelaki yang bodoh bercinta…bodoh bertemujanji (dating)…jadi aku tak dapat fikirkan mana celah yang sepatutnya kami berjumpa selain dari KL Sentral
Kala itu aku tunggu MLS dengan hati yang kusut berserabut…peluh sejuk menitik di hujung rerambut…mengalir ke dahi…perut penuh dengan rama-rama (butterfly in the stomach)…bibir terasa kering… dalam kekalutan melawan rama-rama di dalam perut aku…MLS sampai.
Aku renung dari jauh lenggang-lenggok MLS dengan senyum di antara pipi bertelur itu…dia duduk tertunduk tersipu malu…aku bertanya soalan-soalan sekadar (rujuk perbualan sekadar)…mahu menghilangkan rasa gelisah dalam hati tapi gelisah aku makin teruk setelah susuk tubuh wanita yang aku platonik cintai ada di depan mata
Aku masih ingat ketika itu aku minum segelas teh tarik…teh tarik? tengok la tu…bukti yang corpus collosum aku tak mampu berfungsi dengan baik lagi dek kerana rasa cemas cinta…inikah cinta? tatkala seorang nihilis yang jarang-jarang minum air panas di tengahari memesan teh tarik…pfffttt
Aku nyatakan tujuan aku mengajaknya keluar dengan perlahan…aku ingatkan yang kami sudah agak lama berhubungan rapat…dan aku khabarkan dengan bibir kering terketar yang kini jiwa aku sudah mungkin jatuh cinta…MLS pandang tepat ke arah mata aku…aku teruskan pengakuan…aku namakan MLS sebagai orang yang telah buat jiwa nihilis yang payah dan bodoh bercinta terasa getar seperti getar telefon tangan Nokia 3310 first model LOL:b
Dan seraya itu aku keluarkan dua keping kad buatan tangan aku…yang satu berwarna hijau & bersampul hijau…yang satu lagi berwarna merah & bersampul merah…kedua-duanya berisi puisi cinta karangan tangan & disokong rasa hati dan jiwa aku…memang benar kata Plato…
"At the touch of love, everyone becomes a poet"
Well…aku termasuk dalam ‘everyone‘ kamu Plato…yang hijau aku letakkan kemas di sebelah kanan…yang merah aku letakkan perlahan-lahan di sebelah kiri…kedua-duanya di atas meja makan KL Sentral berkilat dan berbentuk empat segi itu…MLS mula tertunduk…mungkin rama-rama spesies yang sama dalam perut aku ada dalam perut dia jugak LOL:b
Aku sebut nama penuh MLS perlahan-lahan siap dengan nama bapak dia sekali…
"Aku memang dah benar-benar jatuh cinta dengan kamu…aku nak lamar kamu jadi peneman hidup aku bermula hari ini dan selama-lamanya…kalau kamu setuju dengan lamaran aku…kamu ambillah kad hijau…tapi kalau kamu tak setuju atas apa alasan sekalipun kamu ambillah kad yang merah"
MLS terus tunduk…aku tak tahu apa dia buat sebenarnya
Aku?….gila cemas. Rama-rama di dalam perut dah makin membiak beranak-pinak…cawan yang tadinya diisi teh tarik tapi kini penuh lekit susu F&N aku hirup tak sudah meski aku tahu dan cukup tahu air sudah habis…aku tak tahu mahu memberi reaksi bagaimana sepatutnya…1 saat terasa sehari…sekelip mata terasa beribu-ribu hela nafas…nafas cemas memang laju menderu…kan?
MLS gerakkan tangan kanannya…aku senyum…tiba-tiba dia melewati kad hijau dan pegang kad merah di sebelah kiri…pipit
Tatkala itu aku baru tersedar yang aku sebenarnya tak sedia langsung untuk pilihan kad merah…aku terlebih yakin…mungkin sebab kata-kata Victor Hugo…tuniaseng Victor Hugo !!…aku cemas…cemas aku…kali terakhir aku rasa seperti ini…*fikir-fikir*…tiada…ini kali pertama aku secemas ini…tatkala Ustaz Raeng sekolah agama koboi aku kantoikan aku mengepalai kongsi gelap penghisap rokok NOSA di sekolah dulu pun tak secemas ini…pfffttt
Tiba-tiba tangan MLS di atas kad merah diangkat perlahan…di alih ke atas kad hijau di sebelah kanannya…aku tertelan air liur…Victor Hugo, mintak maaf aku tuniaseng kan kamu…aku tarik balik kata-kata aku…lekit-lekit F&N di sekitar mulut terasa manisnya kali ini.
MLS angkat kad hijau dan ditekap ke dadanya yang aku yakin sarat dengan rasa kecintaan pada lelaki nihils bernama aku…MLS angkat kepala…ada sinar kebahagiaan di dalam mata berkacanya…bibir perlahan-lahan membentuk senyum…
Aku?…memang rasa macam nak terlompat dan cium aci pencuci lantai kat belakang aku…tapi dek kerana takut dituduh atas pertuduhan melakukan gangguan seksual ke atas warga emas, aku melompat di dalam hati dan cium pipi aci tu dalam hati…masam…bau sirih dan minyak bijan…
Aku pastikan pada yang MLS tak menyesal dengan pilihan dia…MLS pasti…dia minta kad merah itu juga…aku beri dan ingatkan MLS jangan pernah sesekali bagi balik kad merah itu pada aku hari ini atau sampai aku mati…
Selepas itu kami bertukar-tukar ayat-ayat cinta…berjalan beriringan…hati aku separas hati dia…err atau hati dia bawah sikit…sebab aku tinggi LOL:b….
Malam itu selepas penat menganyam bibit cinta pertama…mengalun lagu-lagu asmara… telefon aku yang baru saja sampai ke bilik…di hujung talian aku terdengar suara MLS teresak-esak menangis…tangisan terharu…MLS katakan yang dia baru selesai membaca isi perut kad hijau…dan juga merah…air mata mengalir…
Yang selebihnya adalah sejarah cinta platonik agung lakaran 2 insan bohemian….hmmmmmm
No comments:
Post a Comment