
Hari ini cukup 6 tahun...6 tahun yang penuh dengan cinta & kepercayaan, susah & senang, dosa & pahala jalan kecintaan sesama manusia, ketawa & air mata yang selalunya tak lama, sekadar menyelangi jalan lancar yang dirisaukan MLS...
MLS: Ruffeey, kenapa kita tak pernah bertengkar atau bergaduh masa bercinta ni?
Aku: Shayang akan bahagia kalau bergaduh dengan Ruffeey ke?
Sambil aku menguntum senyum ala-ala Eman Manan
MLS: Tak, tapi ya la. Macam tak normal pulak kan bercinta tak pernah bergaduh. Always smooth like highway road
Aku: Who doesn’t like highway, except for its toll price shayang...& I paid with many things for this highway. So why using bumpy road if we can afford highway.
MLS: Ye la, tapi shayang risau jugak kalau....
Kata balas MLS terhenti tatkala aku capai tangan mulusnya...aku senyum...dia senyum
MLS: thank you Ruffeey.
Aku: masih senyum
Tapi aku seorang lelaki nihilis yang tak punya banyak dunia bawah tapak kaki aku, proletarian separuh tegar. Aku kaya dengan kasih sayang tetapi bukan mata wang dunia. Sedang resmi dunia, apa yang ditawar dunia mesti dikejar dengan dunia & isinya bukan? Atau mungkin aku terlalu berfikir cukup ke tak cukup, mampu ke tak mampu...& terlalu panjang senarai soalan ‘kalau’ yang terbentang dalam kotak fikiran aku.
Satu persatu childhood partners in crime aku sudah bercerita tentang kahwin & ekor cerita yang terbit dari kata dasar kahwin. Dari cerita bagaimana si polan boleh kahwin hinggalah macam mana kalau nak kahwin begini dan begitu.
Din Lalat, menghabiskan zaman bujang dalam kekusutan, masalah keliling kepala botaknya. Kalau difikirkan dengan akal mumaiz, memang tak tercapai bagaimana pengakhiran cerita ialah satu panggilan telefon yang girang
Din Lalat: Bro, gua dah jadi laki orang dah ni
Sambil ketawa girang sampai aku macam tak percaya dia masih dalam masjid
Aku: Alhamdulillah. Tahniah la bro. Mau 2 3 kali baru lepas ni?
Din Lalat: Weiii cantik sikit. Sekali je bro. Tip-top-tip
Aku: So oklah semua. Problem ko lain-lain dah settle ke bro
Din Lalat: Belum...tak taulah camne lagi bro
Aku: ???
Sambil menyambung ketawa sejurus selepas akad nikahnya Tahun Baru Cina yang lepas.
Sidang, walau rancangan kabur & penuh dengan ketakpastian, sama macam dia dengan projek keretanya yang hilang pedoman, kejap starlite kejap nak jadi beemers..pffft pun sudah jelas bertunang dengan buah hatinya dari Sekinchan, pekan yang acapkali berbau ikan masin tu. Pun begitu Shah Rukh Khan pernah buat klip video kat sini tau, jangan main gila.
Aku: Dah tunang ko ye bro? Besar cincinnya?
Sidang: tak lah. Biasa je. Aku pergi beli dengan mak aku kat kedai cina pekan tu. Ah So tu ex-school mate mak aku dulu. Kamcing macam ni
Sambil menunjukkan isyarat tangan seperti mata kail tersangkut di celah dahan
Aku: Wah senanglah camtu ye. Berapa duit ko beli cincin?
Sidang: Entah, aku pun tak ingat. Aku pilih yang lain. Biasa je. Tapi mak aku pilih yang hebat sikit. So, aku pun tak ingat dah berapa harga
Aku: ???
Max, baru berapa saat bertemu cinta baru setelah katanya sudah tak serasi dengan cinta yang lama juga sedang sibuk merancang itu ini. Cintanya dengan yang baru ini memang ‘menjadi’, susah nak lekang. Bergayut lembut macam sotong. Bercinta tersengih-sengih macam kerang.
Max: Akum bro, gua call ni ada hajat nak menjemput
Aku: Sudah, jemput apa pulak
Max: Ada majlis sikit lah. Aku nak hantar rombongan
Aku: Oh yeke. Emm bila tu?
Max: Sabtu. 2hb Oktober. Jemputlah ye
Aku: Uisshh cepat ko ye...nak kahwin dah ke?
Max: Yela kot. Tak tau lagi la bila
Aku: ???
Berkata dalam nada sengih. Aku sudah terlalu lama kenal jantan seekor ni. Tanpa melihat dengan mata pun aku tau Max sedang tersengih-sengih. Macam haram....pffft
Jadi apa sebenarnya yang diperlukan untuk aku hidup bersama dengan wanita yang satu ni?...Akal nihilis aku tak dapat jumpa jawapan yang realistik untuk soalan yang ini. Aku bohemian dalam setiap langkah & fikir, aku taknak dengar jawapan-jawapan buku teks atau jawapan ayah-ayah...sebab bukannya salah cuma hampir silap. Dan aku paling tak suka masalah yang aku tak dapat nak selesaikan depan mata aku. Perlahankah langkah aku? Laju sangatkah sampai tertinggal jawapan-jawapan penting sampai dikutip mereka yang dulunya tak pernah merancang pun. Paranoidkah aku pada kemungkinan yang aku cipta sendiri dengan perfectionist disease aku ni? Betulkah kalau aku tak berfikir langsung & jalan terus langgar apa yang melintang? Bahagia tak akhirnya nanti kalau aku jalan terus? Berubah tak nantinya MLS bila hidup sedikit susah dengan bohemian macam aku ni? Yang tak pandai menyimpan, yang kali terakhir menyimpan ialah dengan tabung Nuri, itu pun sebab ade lagu yang keluar bila masukkan duit...pffft
Teruk sakit aku ni...Jam sudah tunjuk angka 3. Aku sedang tak sudah fikir sampai nak pecah kepala. Kena sebatang Sampoerna aku cuba lelap
No comments:
Post a Comment