Wednesday, September 15, 2010

JODOH BUKAN PILIHAN


Memang betul kalau kadang-kadang orang kata kita merancang Tuhan yang menentukan, separuh dari semua keadaan yang dirujuk pada situasi tertentu adalah benar.

Dan itu termasuk pilihan jodoh, hampir setiap masa
kita rasa jodoh adalah pilihan kita sebab kita yang mengayat, kita yang merasa getar yang dikongsi pihak sebelah yang satu lagi, kita yang melamar, kita yang bersetuju, kita juga lah yang berusaha untuk menjadi terbaik untuk si jodoh 'pilihan' kita, kita yang mengeluarkan modal, kita yang gunting kad cinta tengah-tengah malam & rasa berdebar setiap kali mahu berjumpa...ok itu cerita lain...

Tapi seperti lah jugak rezeki harta, meski kita yang nyata berusaha tapi ia tetap keputusan Tuhan
mencampakkan ia atau menangguh ia atau sekadar memberikan ganti ganjaran yang lebih perlu di sisi Tuhan dek kerana ilmunya yang jauh lebih syumul dari setitik ilmu kita

Malam semalam, perbualan aku dengan A, seorang sahabat yang expressive & suka bercerita tentang tetek...membawa aku kepada kesimpulan ini...

A : Takpelah fek, at least you can manage your problem no matter how long is the list. Ko tau si S tu lagi kesian, adik tengah nazak nak mati dah, tunang pula mintak putus

"I dah tak boleh dengan you lagi, I tak tau kalau I boleh hidup dengan orang yang ada family problem macam you ni"

Aku : What the fish?? itu je sebabnya. that was really unfair...tapi takpelah, mungkin Tuhan dah carikan
orang yang lagi sesuai untuk dia (sambil dalam hati memang masih tak boleh terima sebab dangkal ciptaan manusia behati cetek)

"mak aii...gila pongget minah ni...macamlah penyakit tu pilihan kita...kalau satu masa nanti kau kena barah tetek
macam mane?...pffft" kata aku dalam hati

Di hujung cerita, S kehilangan adik kesayangannya sebelum pagi raya & juga kehilangan tunangnya sebelum pagi raya...
how sad...ketika aku merasa susah & lelah dengan masalah sendiri...S lebih sempit dengan ujian yang bukan pilihan dia..

*****

Dan semalam juga, M the coolest buddies menghantar teks ringkas ke telefon tangan aku...


M : IC 03 lahir kat mane kot?


M dalam pencarian jodoh....sedang menunggu cahaya suluhan Tuhan pada jodoh pilihan nya...atau lebih tepat lagi jodoh pilihan Nya.
setelah putus cinta dengan sebab yang tak kurang dangkal nya dengan sebab yang sedang digalas S.

"I rasa I tak boleh teruskan hubungan ni sebab I takut I lalai...I nak fokus pada study dulu buat masa sekarang"


hanya selepas 1 minggu sudah ada teman lelaki lain...pffftttt


Cerita cinta M bukan pendek, bukan tertakdir dengan mudah...mula ceritanya memang manis....sweeeeeeeet macam
gula prai...pertemuannnya dimulakan dengan sembang-sembang di internet membawa kepada M menghantar roti jala kegemaran wanita yang dirasakan pilihannya sebagai sebab pertemuan pertama yang membawa kepada bertahun bercinta...kalau Cerekarama nak adapt this killing sweet story into drama...the title would be Cinta Roti Jala...pffftt

Aku : Kelate

aku membalas teks


M : Apa lah nasib

Aku : Kenapa bro?


M: Takde ape

selang 2 3 minit

Aku : Kelate pun ok je bro hehe


selang 2 3 minit


M : Ate teman idak la gheti makan budu


Aku senyum...walau kami masing tidak bercerita secara langsung, tapi kami tahu apa yang berlaku di sebelah
satu lagi...instict that created like a Fight Club scene ni bukan datang dalam 2 3 hari berkawan... tapi hasil persefahaman lebih dari infiniti nilai persahabatan...itu cerita lain

Jodoh bukan pilihan kita...walau ia nampak macam pilihan kita...kalau Tuhan nak bagi peneman jiwa kamu
seorang wanita sempurna sifat fizikal & rohani, memahami & menyayangi, ada telur kat pipi (telur kat pipi ye, bukan tempat lain) & berkulit mulus, gelak & menangis bila perlu, perkataan elok & perlakuan terpuji, hormat ibubapa & sayang keluarga, pandai masak & tidak malas, yang penting bijak & bertimbang rasa,tidak mengada-ngada & tidak bercakap kuat, dan yang terlebih penting seksi & menawan bila bergaya...well itu ganjaran pada mereka yang Tuhan pilih

Looking back to the list,


"Damn I miss you shayang!" ngiiiaaaauuuu

1 comment:

  1. ruffey... dah mula menulis semula... sonok seh... da ada terapi utk aku selepas lelah menulis thesis... wink~~

    ReplyDelete