Tuesday, October 19, 2010

SATU MASA DULU (4)


Malam tadi aku membuat panggilan telefon ke kampung…mahu bertanya khabar bonda tercinta dan keluarga…dan mahu mengkhabarkan kapan anak jantannya ini akan bergerak pulang ke tanah tumpan darah sempena Aidilfitri…

Truuut…Truuut

"Hello…ni siapa?" suara adinda aku yang paling kecil yang berumur 7 tahun, Alia menjawab di hujung talian…aku tak hairan kalau dia yang jawab…sebab antara banyak-banyak perkakasan dalam rumah aku tu…telefon rumah adalah milik AliaAlia merupakan operator tak berbayar di rumah aku…dia dan telefon rumah aku dah semacam ada tarikan magnet Utara dan Selatan…

Aku : "Abangdik ni…panggil mama"

Terdengar suara Alia memekik nama bonda aku…mengatakan aku yang membuat panggilan

Suara lembut keibuan bonda aku di hujung talian seakan satu kuasa penyejuk jiwa meresap melalui wayar-wayar telekom terus ke arah telefon tangan aku dan masuk ke dalam jiwa nihilis aku…setelah bertanya khabar dan mengkhabarkan itu ini…seperti biasa gagang telefon tak dapat tidak harus diserahkan kembali kepada tuan operator…

Alia : "Hello Abangdik…bila nak balik?" tanya Alia

Aku : "2 3 hari lagi kot…Alia buka apa tadi?" tanya aku dengan nada abang mithali

Alia : "Buka makan macam-macam"

Aku : "Macam-macam apa?"

Alia : "Macam-macam" jawab Alia selamba

Aku : "Hehe…tadi pergi bazar Ramadhan beli apa?" tanya aku sebab Alia memang perlu dibawa ke Bazar Ramadhan setiap hari sebagai upah dia puasa…aku rasa lebih baik dari dia mintak duit RM1 untuk setiap hari puasa kan…

Alia : "Beli macam-macam"

Aku : "Macam-macam apa?"

Alia : "Macam-macam" jawab Alia dengan selamba membuatkan aku terpikir apa kena adinda aku ni?

Alia : "Abangdik, hari tu kitorang pergi beli baju raya kat Teluk Intannnn…."

Aku : "Oyeke beli baju raya Alia ke?"

Alia : "Taklah…beli macam-macam" jawab Alia selamba membuatkan hati aku sedikit panas dalam mood kelakar

Alia : "Kenapa Abangdik tak balik esok?"

Aku : "Ooo ada keje sikit…nanti dah habis keje balik la" jawab aku sambil tersenyum

Alia : "Ooo keje apa?"

Aku : "MACAM-MACAM hahahahaha"

Alia terdiam…mungkin tersedar yang aku dah curi set jawapan dia untuk semua soalan…akhir sekali aku menamatkan perbualan dengan kiriman salam untuk ayahanda aku…*senyum*…punya la banyak aku tanya…semua adinda aku jawab dengan ‘macam-macam je’…setinggi-tinggi aku belajar pun kena kencing dengan budak kecik je…pfffttt

Nak salahkan siapa?…dah perangai abang dia pun macam ni…pfffttt

No comments:

Post a Comment