
Malam tadi…Mattong selaku kepala sanctuary menghulurkan duit untuk aku sediakan perkakasan dapur apa yang patut kepada aku…aku kata dalam hati
"Ha…paham pun" sambil senyum walaupun duit tu tak sebanyak mana
Detik yang sama aku terima wang dari tangan Mattong…aku sudah tahu apa yang mahu dan patut aku beli…Lesung Batu!!!
Mengambilkira kediaman bujang trang tang tang macam sanctuary yang tak punya mesin pengisar…Lesung Batu adalah satu perkakasan dapur wajib milik aku rasa.
Supaya nantinya tak sia-sialah aku tonton rancangan di saluran Travel&Living tatkala Anthony Bourdain merasa makanan setiap celah dunia…tatkala pesaingnya Jamie Oliver mencipta makanan ringkas yang dihasilkan dari apa yang dia tanam kat depan & belakang rumah dalam Jamie at Home…sanctuary?…kali terakhir idea yang aku dengar dari macha…dia mahu tanam pokok popi atau daun ketum atau pucuk-pucuk marijuana pujaan Bob Marley…M kata
"Nanti senang bila rasa nak layan…tak payah cari kaki" sambil melirik senyum
aku tak dapat nafikan M memang cekap hal-hal macam ni…kalau RISDA atau KEJORA atau FELDA atau KEDARA atau KEJADAH…KEJADAH? ada buat projek teroka & tanam popi, marijuana atau daun ketum…sekarang ni macha dah jadi jutawan segera…tak payah susah-susah masuk MLM…buat putus kawan…berjaga malam-malam pergi ofis (kononnya)…dipancing dengan kereta mewah-mewah…korek duit sana-sini…kencing kawan-kawan…ponteng kelas…pffttt
Petang itu aku pusing satu Bandar Baru Bangi…sasaran aku Lesung Batu..
Aku pandang rendah pada kepentingan Lesung Batu selama ini rupanya….hampir 5 tempat yang munasabah ada jual Lesung Batu aku pergi…semuanya kata
"Oooo da abes la dik" kata yang seorang
"Lesung Batu baru abes la bang" kata gadis kaunter yang pakai baju fan club Mawi LOL:b
"Lesung Batu takde…batu giling tinggal satu, nak?" aku balas yang ini dengan senyum tawar sambil kata hati berkata…
"Tenggiling ada jual…pffftt?"
"Ooo itu batu sudah abes…tengah order…tu batu manyak susah mau buat….mau amek itu Pulau Pinang sana" jawab Ah So yang baru lepas kerinting rambut dia
Ketiak dah basah…mood Jamie Oliver pun dah hilang…hati dah panas…aku berada di depan kedai hardware sementara di tapak pasar malam…bila bulan Ramadhan jadi Bazaar Ramadhan…tekak dah rasa haus…aku tengok abang cendol tengah kacau cendol tu…berpeluh je bekas cendol die.
Hairan aku…selalu sangat kah orang Bandar Baru Bangi ni pakai buang Lesung Batu…sampai semua kedai boleh habis…aku pulang ke sanctuary dengan perasaan bercampur baur…tapi yang pastinya aku lebih sedar kepentingan Lesung Batu kepada masyarakat sekarang…
P/S : kalau kamu RUFFIAN ada Lesung Batu lebih kat rumah…hantarkan ke sanctuary…aku mahu cuba masak Asam Pedas Ikan Duri campur Sawi Asin…oh dan alang-alang kamu datang ke sanctuary…jangan lupa belikan aku Nusantara Hijau kat abang Dewa Rokok sebelah Kedai Makan Azura…terima kasih
No comments:
Post a Comment