
14 Ramadhan…waktu ditakdirkan jam 11.15 pagi…hujan renyai-renyai di luar hampir membasahkan aku dan uniform aku ke kelas…faded jeans, slip on putih aku yang MiE sifatkan sebagai oldskool dan tshirt persekutuan Mala Kencana aku…aku ngam ngam cak sampai di sanctuary sebelum hujan turun dengan lebih lebat membawa bersamanya bau hujan yang diistilahkan oleh Woody Allen sebagai bauan syurga…macamlah dia pernah singgah di syurga tu…pfffttt
Aku hidupkan komputer…duduk di kerusi hasil curian macha dari tempat lamanya katanya…kletak kletuk papan kekunci hitam yang sedikit berhabuk dan petak kekunci ‘A‘, ‘S‘ dan ‘D‘ nya yang kian lusuh disapu perpeluhan yang keluar dari hujung jari akibat debaran aku tatkala bermain game Winning Eleven…kalau kamu faham.
Dua tiga hari lepas ada pembaca RUFFIAN menyuarakan pandangan yang mungkin dirembes dari jus gaster pemikirannya setelah membaca entri aku di sepanjang Ramadhan ini…
"Aku baca entri ko sepanjang bulan puasa ni makin assalamualaikum la rufffeey" katanya
Untuk kamu...aku sudah katakan dulu yang RUFFIAN adalah terapi penulisan aku…ia adalah onani emosi aku yang berakhir dengan ejakulasi pemikiran dan proses hati berbentuk perenggan-perenggan substansial…jika sedih aku makanya sedihlah perenggan itu…jika sengal aku makanya sengallah perenggan itu…dan…jika assalamualaikum aku makanya assalamualaikum lah perenggan itu ketika itu pada kondisi itu…
"Pandai gak ko berceramah dalam RUFFIAN, nampak baik sangat je" dia kata lagi sambil diselangi ketawa dan kepulan asap-asap kepuasan
Aku tersenyum sambil dalam hati menduga…benar sungguh ke apa dikata?
Entahlah…aku langsung tak tahu komen yang itu…aku tahu dan sedar (cukup sedar) yang aku memang banyak titik hitam dalam hati dan dosa belum terampun tapi…pada jiwa nihilis aku konsep dan falsafah watawa sau bil haq tu boleh aku seiring sejalankan dengan tazkiyatunnafs aku
Aku tak tahu dengan mamat ni atau kamu…tapi aku percaya macam itulah agaknya
Kalau kamu tak faham baca ni…konsep dan falsafah watawa sau bil haq tu aku sifatkan sebagai perlakuan berpesan-pesan atas nama kebenaran contohnya seperti aku berpesan kepada kamu supaya derma pada aku rm100 tatkala sanctuary aku dicabul atau sewaktu aku berpesan pada kamu supaya pegi makan siput babi untuk merasakan secubit keinsafan…LOL:b
Konsep dan falsafah tazkiyatunnafs tu pulak aku sifatkan sebagai perlakuan menyucikan diri zahir dan batin (terutamanya) daripada dosa-dosa dan titik hitam yang kamu dah palitkan ke dalam hati kamu seperti tatkala kamu membaca RUFFIAN dan kemudiannya menitiskan air mata dan bertekad untuk berubah dari manusia pongget kepada manusia lindungan kaabah…emm tazkiyatunnafs kot?
Aku tak tahu kamu setuju dengan aku atau tak tapi aku percaya kedua-dua konsep dan falsafah ini aku boleh amalklan serentak…kalau kamu tak faham juga…
Cuba kamu bayangkan yang kamu sedang duduk bernyahtinja di atas mangkuk tandas duduk (bukan cangkung) dalam bilik air…di kanan kamu ade sinki…kamu mahu jimatkan masa…lalu kamu capai berus gigi di sinki dan palitkan ubat gigi sambil kamu masih lagi bernyahtinja…lantas kamu berus gigi kamu kiri dan kanan, atas dan bawah sedang kamu masih lagi bernyahtinja…dapat gambarkan?
Sekarang kamu tukarkan perlakuan suci kamu memberus gigi tu sebagai konsep pertama…taik (oopss najis) kuning cair kamu sebagai dosa hitam kamu…dan perlakuan menyucikan perut kamu dari najis (nyahtinja) tu sebagai konsep kedua…
Akhir sekali nanti, kamu akan dapat keluar dari bilik air dengan tersenyum puas sambil menyimpul hujung tuala kamu (kalau kamu pakai tuala la) kerana satu…gigi kamu dah jadi putih dan dua…perut kamu dah bersih dari najis…dan jangan lupa untuk flush taik (oopss najis) kamu supaya orang lain tak tahu taik (oopps najis) kamu warna ape atau bentuk ape…faham?..ustaz sekolah agama koboi aku cakap tuhan tak suka orang yang jaja cerita buruk diri sendiri
Dah…sekarang kamu pergi tandas…cuba praktikkan apa yang aku taip kat atas ni…kalau kamu dapat memberus gigi dan bernyahtinja dalam masa yang sama tanpa merasa canggungg…makanya kamu memang sependapat dengan aku…duh!!


