
Malam semalam sedang aku duduk melayari selang waktu…duduk di tengah-tengah rumah sewa sekutu aku, Max…di tengah kesesakan Pantai Dalam yang mempunyai kepadatan penduduk yang terlampau…seminit aku melangkah ke alam melayu yang satu ini…aku rasakan seperti sepuluh hari berada di New Delhi atau Madras…bezanya komuniti dan join di sini berkulit sawo matang…oh ya dan berkilat…oh ya dan disini masih belum ada upacara mandi beramai-ramai seperti di Sungai Ganges
Apartment kos sederhana Max dikelilingi oleh penempatan mangsa-mangsa penggiat fasisme & pelarian perang kemodenan…bekas-bekas komuniti setinggan yang ditempatkan semula dalam petak-petak murah blok berupa rumah merpati ini tetap membawa bersama mereka budaya Badwi yang dulu…melihat blok-blok itu dari skala pembesaran yang jauh…ianya seakan satu bentuk art atau monumen budaya popular cukup dengan nilai estetika meneliti bumbung-bumbung usang mereka yang dipenuhi dengan basikal, kerusi, lampin pakai buang, kain baju orang yang lebih atas, tulang belulang, lumut-lumut yang semakin selesa membina habitat, jelas menerangkan kata-kata…
"Ulat dalam batu pun boleh hidup"
Kata sekutu aku Jelan yang juga duduk berdekatan…
"Duduk sini baru feel fek…rasai kehidupan kota"
Dalam hati aku berkata.. "Kehidupan kotak will do dude"
Lamunan aku dikejutkan dengan ajakan Max dari sudut biliknya sesudah sejadah dilipat kemas…
"Fek, kita runner pegi gerai Mid jom"
"Em boleh jugak…tapi lepak kejap je la"
aku seraya itu bersetuju dengan syarat 1 jam kemudian aku duduk di gerai burger sekutu aku yang aku hormati, Midin…seorang lelaki melayu yang sudah mengenal dunia mundane selama 22 tahun tetapi perwatakan dan lagaknya melangkaui usia sweet 22 nya itu…tak hairan kalau sekutu-sekutu Wilayah SB aku menggelarnya dengan gelaran ‘Orang Tua‘…tak pernah benar-benar menunjukkan emosinya yang sebenar…bila suka tidak terlalu suka dan ketawa…bila sedih tidak terlalu sedih dan menangis…
Mid, seorang sekutu yang mempunyai banyak sebab untuk aku hormati…berniaga menjual burger di Bandar Kinrara seawal 8 malam membawa ke tengah malam di selekoh gelap…setiap hari…sedang masih menuntut siangnya di salah sebuah institut pengajian di Serdang…mengejar ilmu dan segulung ijazah…walhal telah ada diploma di dalam kocek pengetahuannya…berapa ramai orang dalam dunia mundane ini yang berkesanggupan seperti Mid...tak ramai 2 jam duduk di gerainya…dalam kunyahan burger aku…aku perhatikan perlahan-lahan Mid bekerja…gigih…menyediakan secepat mungkin tempahan-tempahan pelanggan yang datang dari pelbagai latar belakang.
Dari yang memesan menggunakan teks mesej, panggilan telefon mahupun datang sendiri ke kedai atau yang menyuruh dihantar ke tempat lain…berkejar ke sana ke mari Mid menunaikan permintaan setiap pelanggan yang hanya tahu burger adalah sekadar burger…tapi aku rasa tidak bagi Mid
Dan yang paling menyentuh jiwa nihilis aku…tatkala pelanggan yang berkereta datang…Mid akan segera meninggalkan apa sahaja yang dikerjakan waktu itu dan meluru ke kenderaan pelanggan…menanti pesanan di luar tingkap…dengan penuh sabar…menanti si pelanggan untuk menurunkan tingkap kenderaan dan melafaz pesanan..berapa ramai penggerai burger yang buat begitu setiap kali yang kamu ketahui?…tak ramai
Kunyahan burger aku yang satu ini terasa sangat besar maknanya…ia bukan sekadar lapisan daging dihimpit sepasang roti…ia adalah lambang sebuah pengorbanan dari seorang lelaki kudus yang semakin membuat aku rasa malu…malu dengan diri sendiri…malu dengan dia…malu dengan setiap ringgit yang aku bazirkan…
Mengimbas beberapa tahun dahulu sewaktu kami semua masih menuntut di sekolah agama koboi…waktu itu ayahanda Mid meninggalkannya bertemu Ilahi dalam keadaan yang cukup menyentuh hati setiap sekutu-sekutu aku yang tahu dan berkesempatan melawat Midin di rumahnya nun jauh di sebuah kampung di Wilayah SB yang juga rumah yang telah menyaksikan perih jerih orang tuanya membesarkan lebih 5 orang anak…
Malam itu, ayahandanya dalam perjalanan untuk mengambil Mid di rumah sekutu aku Dang, singgah dari kepulangannya bercuti sekolah…dalam kegelapan malam dan separa kudrat seorang tua memacu motosikal caboknya…penantian Mid selama beberapa jam membawanya ke alam mimpi dek kerana terlalu letih menunggu..
Namun hari itu…mimpi sahaja tak cukup untuk jadi penutup hari yang telah ditakdirkan tuhan…dalam keheningan subuh dan derai-derai embun di hujung daun…salam kedengaran di rumah Sidang...beberapa utusan dari kampung Mid menyampaikan berita sedih…
Dalam mamai-mamai separa sedar…Mid menurut sahaja… Ayahanda tercintanya dilanggar lari oleh sebuah kereta dalam gelap malam
Pagi itu…tatkala kami melangkah ke laman rumahnya, orang-orang kampung berketayap putih memandang lesu…mendengar sendiri cerita-cerita hiba dari mulut Mid tentang itu ini…dalam dengungan bacaan surah Yassin…satu-satu sekutu aku memburaikan ego menitiskan air mata…simpati…sesal…kasih…semua terhurai dan terburai
Ya dan Mid juga sudah pasti begitu…air mata yang sangat jarang-jarang kelihatan itu jatuh ke bumi…
Sebelum balik malam semalam…aku hulurkan wang yang jauh lebih tinggi dari harga sekeping burger…aku katakan
"keep the change" dalam nada stoic
Mid cuba memberi pulangan…aku genggam tangannya dengan kedua-dua belah tangan aku…aku pandang ke dalam mata sekutu aku dalam-dalam…dia faham sendiri maksud aku…
"Terima kasih banyak-banyak Fek" dalam nada gembira dan sedikit getar pada suara jujurnya
Pada aku itu adalah Art of Giving pada fahaman aku… Bila kita memberi pada siapa yang kita tahu takkan dapat memberi kita balik…aku yakin tuhan cukup arif tentang kadar pahala dan ganjaran
No comments:
Post a Comment