
SATU
Aku ke pejabat pos UKM hari ni…mahu mendaftar diri sebagai sebahagian daripada proses pemilihan partai pemerintah Malaya…pengundi
Selesai urusan…aku mahu melangkah keluar dari pejabat pos yang ade pintu kaca beserta pemegang yang tertera tulisan ‘TOLAK‘ dan ‘TARIK‘…oh ya…pejabat pos ini juga ada kaunter yang dijaga oleh petugas yang lumpuh urat senyum dan tak reti macam mana nak jawab salam
Menerusi kaca pintu aku dapat lihat 3 orang lelaki cina berjalan ke arah pintu…yang paling depan berpakaian segak berbaju biru dan tali leher John Master dan rambut tersikat rapi…diikuti 2 orang berpakaian kasual di belakangnya
Sudah menjadi kebiasaan aku untuk terlebih dulu mencapai pemegang pintu dalam kondisi seperti itu…untuk memberi laluan kepada orang lain…aku rasa itu satu amalan murni yang tak ramai orang Malaya lakukan
Aku capai…aku buka dan beri laluan
Ketiga-tiga mereka ketara kelihatan terkejut..
Yang paling depan lantas mengucapkan "Thank you good Malaysian" "No prob" jawab aku tapi dalam hati aku jawab "Indeed I am"
2 orang lagi berjalan melintasi aku sambil tersenyum dan menepuk bahu aku 2 kali setiap seorang…2 kali…aku terimanya sebagai ucapan terima kasih…sebab terima kasih atau thank you atau xie xie ada 2 patah perkataan..
Aku melangkah keluar…tersenyum sendiri
Memang perkara kecil yang kita lakukan boleh menghasilkan impak yang besar terutamanya di Malaya yang dilanda Evolusi Pemonggetan menghapuskan nilai murni walhal kita menglamputinggikan budi bahasa sebagai budaya kita…pffftt
DUA
Aku pergi ke Warta…aku tetap memanggilnya Warta walaupun telah ditukar kepada Bintang…jangan salahkan aku…aku membesar di dalam masyarakat yang memanggil ubat gigi sebagai Colgate walaupun ubat gigi itu berjenama Darlie, White Fresh atau Sensodyne (yang ade doktor gigi bercakap sambil kamera menghala kepada foto anak bini dia…pffftt…apa motif kot? gunalah Sensodyne, kamu akan dapat anak bini macam saya?)…aku juga membesar dalam masyarakat yang memanggil mee segera sebagai Maggi tanpa mengambil kira apa tajuk jenamanya…
Menuju ke arah kedai menjual kerepek dan buku agama di bawah tangga gerak (escalator)…belek-belek…bukan kerepek tapi buku agama…aku cari ma’thurat menggantikan ma’thurat aku yang sudah tercerai helaiannya…tak jumpa…sebab makcik ni tak susun buku dia jual…pffftt
Aku tanya die "Kak, ma’thurat ada jual?" (aku panggil akak sebab nak senangkan hati dia)
Dia pandang aku atas bawah dengan lirikan skeptikal…ya tatkala itu aku pakai tshirt v-neck saiz S, jeans fit cut dan slip-on putih Everlast aku dan rambut spiky…tapi takkan pelik sangat bila orang macam aku nak beli ma’thurat
Makcik tu suruh anak dia ambilkan…dia hulur pada aku
Aku berlalu selepas aku bayar wang dan cakap
"Saya beli kak" (ingat Tengkolok Budi Melayu) sedang makcik tu cuma senyum tawar je tanpa balas dengan ‘Saya jual’…pfffttt
Lain kali jangan jual buku agama je…baca buku agama tu sekali…
TIGA
Beberapa hari lepas aku pergi ke sebuah kedai buku di Alamanda…membelek-belek majalah-majalah sedang sekutu jubah ungu aku sibuk membeli nugget untuk sahur katanya…dan fakta yang menarik ialah mereka beli nugget ber..*kira-kira*…berenam…berenam untuk beli nugget…pergi beli nugget berenam…pfffttt
Aku pasti ia akan mengambil masa lama dengan menimbangtara gender(perempuan), bilangan(enam), pasaraya(Carrefour)
Jadi aku luangkan masa aku untuk bahan bacaan…bukan majalah macam Akademi Fantasial atau majalah-majalah marhaen lain yang sibuk menjadi agen pongget mengabaikan apa saja wasiat Professor Di-raja Ungku Aziz terhadap orang Malaya terutamanya yang berkulit sawo matang macam aku ni…aku sedar penjaga kedai berbangsa India tu kerap menjeling aku…agaknya prejudis dengan aku yang mungkin datang mahu jadi pembaca percuma..
Minta maaf Letchumy, aku bukan Melayu Tipikal
Aku capai satu majalah yang memang dah lama aku nak langgan selepas National Geography…Times…sama dengan nama band yang nyanyi lagu Wilayah Strawberry dan Telegram Untuk Yoko tu
Aku tuju kaunter…meletakkan majalah ke atas kaunter sambil memandang penjaga kaunter yang asyik terbatuk-batuk…batuk lagi…aku tanya
"Are you ok?"
"Ehhmmm…i’m fine" dia jawab dengan mata merah berkaca dengan air mata
"Do take good care of your health miss…kalau tak sape nak jaga kedai ni" aku jawab lagi sambil tersenyum
Dia tersenyum memandang aku sambil tersenyum ala-ala Aishwarya Rai
Aku tanya harga majalah tu walaupun aku sudahpun nampak tanda harga kecil RM8.50 (rujuk Tengkolok Budi Melayu)
Dia senyum dan jawab "lapan ringgit setengah tapi disebabkan you are very kind…saya bagi you tujuh ringgit"
Aku membalas senyum dan menghulur wang sambil mengucapkan terima kasih Persepsi aku pada orang Malaya bercampur aduk ketika ini…memang ada antara orang Malaya yang baik dan menghargai…tak kurang juga yang skeptikal dan bersikap dingin…terpulanglah kamu mahu jadi dalam join yang mana tapi yang penting jangan menyusahkan aku
No comments:
Post a Comment