Wednesday, December 29, 2010

SHOULD FIGHTER LOVES, SHOULD LOVER FIGHTS?


Lebih kurang 10 tahun dulu, pertama kali aku dengar satu orang yang brutal tahap israel...bawak revolver ke hulu ke hilir dalam jaket cakap pasal cinta

Brader Rigel (mana ntah dia ni sekarang)

Sambil minum air kotak dan potong-potong buah di depan Kompleks Shaw, Klang.

Aku : Apsal bro? Lu muka cam stim tak sampai je?

BR : Ade orang langgar wayar bro. Ade orang nak try akak ko

Aku : Emmm...abang tahu siapa?

BR : Tak tau sangat. Tak tau la perlu tau ke tak. Ko tau la aku ni

Selang beberapa sedut air, kotak dicampak ke dalam tong sampah dari jauh.

Kletung....

Tak masuk

BR : Puki (dengan nada separa jelas)

Ada 2 benda yang ko jangan langgar aku. Pertama, family & saudara-saudara aku. Kedua, tukang pujuk aku.

Aku toleh ke arah Brader Rigel... sambil kunyah jambu dengan serbuk asam

BR : Akak ko

Dia sambung. Agaknya selepas sedar yang aku tak paham istilah dia

BR : Macam mana keras pun satu orang fighter tu, kalau bab cinta ni.....

Menghela nafas panjang

BR : mesti kalah...ko ingat kalau akak ko tu takde, aku boleh nak table talk table talk ni. Eyyyyyy memang idak la bro. Akak ko tu sebabnya.

Sambil menggerak-gerak tangan seperti iklan Tak Nak Merokok kerajaan.

Aku : Hehe rileksla bro. Cam jiwang-jiwang pulak sembang camni

BR : (senyum) aku cuma guna perasaan Tuhan bagi je bro. Ada sebab kenapa Tuhan bagi kan. Kadang-kadang bila kita sibuk cari duit, nak sedia itu ini untuk orang yang kita sayang. Masa tu orang datang dari belakang. Bila kita terlalu penat nak pikir sebab sibuk usaha. Masa tu la bila kerja kuat kita jadi malas kita. Masa tu la usaha kita jadi malas kita. Masa tu la orang yang paling kerja kuat jadi orang yang paling malas. Malas nak berhenti pandang belakang..

Brader Rigel pandang aku tengah hirup air asam dalam plastik buah potong aku

Aku : Paham-paham. Hehe fighter pun bleh cinta-cinta ye bro

BR : Orang yang bercinta pun boleh jadi fighter kalau dah sayang, takkan orang yang jadi fighter tak boleh nak bercinta...en en?

Aku : Burrrpp...bahagian paling sedap dalam buah potong. Minum air asam dia..perhhh

BR : Hehe tak guna cakap dengan budak kecik macam ko ni, sunat pun baru 2 3 hari lepas je

Aku : Ai main kasar tu hahaha

Brader Rigel berdiri sambil mengibas-ngibas seluarnye, mahu hilangkan bekas duduk pada punggung jeans potongan brader-brader nya.

Aku : Mana bro?

BR : Nak tembak orang...

No comments:

Post a Comment