
Hujung tahun memang masa yang aku tak berapa gemar atas beberapa sebab.
Pertama, ia mengingatkan aku tentang azam tahun baru aku yang tak tercapai & melahirkan rasa gagal. Dah tentu perlu dihadam segera untuk tidak terbawa-bawa pada tahun baru seterusnya
Kedua, ia tentang false happiness. Bila masuk hujung tahun, ia adalah tentang lebih wang masuk dalam kolum pendapatan, mungkin melalui bonus kontrak, bonus hujung tahun, bonus beli-belah, bonus persediaan sekolah & sebagainya. Ia memberikan satu false alarm pada punat kegembiraan dalam setiap penerima bonus, hanya pada kemudiannya menyedari tiada apa-apa perubahan yang patut dilegakan. Pengeluaran akhir sama atau lebih dari nilai kemasukan awal…pffft
Ketiga, bagi aku secara peribadi, ia adalah tentang teka-teki adakah syarikat sedang membuat keuntungan signifikan? Adakah keuntungan pada syarikat adalah keuntungan pada staff seperti aku? Berapa banyak insentif dari keuntungan itu berdasarkan pos & prestasi? Atau adakah tiada langsung dengan pelbagai alasan korporat yang boleh dicipta oleh mereka di atas.
Tapi dalam hal ni, syarikat aku paling pandai berteka-teki. Di saat semua staff sedang bertanya-tanya adakah semua soalan di atas memberikan jawapan gembira atau duka, Syarikat aku menaikkan poster yang tertera
“The sea is never predictable, Your shipping company should be”
Ia tentang ketepatan. Masa, maksud & mesej yang hendak disampaikan
Ia tentang harapan. Biar tertanya-tanya seantero pejabat maksud apakah syarikat menaikkkan poster sebegitu rupa di hadapan pintu masuk. Mungkin juga tentang peringatan.
Bonus : adakah atau tiadakah? Seperti sukar diduga laut katanya.
Ia tentang strategi korporat untuk terus memiliki staff kelas pertengahan yang berharap, dalam masa yang sama terus bekerja gigih sambil di dalam kepala bersetuju dengan presin.
“Lebih banyak duit, lebih banyak masalah selesai”
Sedang separuh lagi, sedang rancak merancang untuk melunaskan janji yang telah dipateri
Isteri : Abang, cantiklah beg tangan tadi tu kana bang (sambil mata bersinar-sinar)
Suami : Emm cantik, nanti bonus bulan 3 abang belikan ye
Isteri : Sayang abang.
Suami : Emmm.
Menaikkan poster sedemikian rupa seakan mengikat perasaan & keinginan mengorak langkah ke tempat kerja lain sambil menangguh segala plan & rancangan ke arah tujuan itu. Dengan poster dinaikkan sekarang, sedang bonus hanya akan diumum akhir Mac. Ianya satu tindakan paling bijak walaupun kejam. Suka atau tidak, ia memang berkesan….setiap kali
Hari ni aku menguak pintu pejabat, pandang ke depan
“The sea is never predictable, Your shipping company should be”
Aku : You corporate bastard always know how to do it!!!
No comments:
Post a Comment