Memang betul kalau kadang-kadang orang kata kita merancang Tuhan yang menentukan, separuh dari semua keadaan yang dirujuk pada situasi tertentu adalah benar.
Dan itu termasuk pilihan jodoh, hampir setiap masa kita rasa jodoh adalah pilihan kita sebab kita yang mengayat, kita yang merasa getar yang dikongsi pihak sebelah yang satu lagi, kita yang melamar, kita yang bersetuju, kita juga lah yang berusaha untuk menjadi terbaik untuk si jodoh 'pilihan' kita, kita yang mengeluarkan modal, kita yang gunting kad cinta tengah-tengah malam & rasa berdebar setiap kali mahu berjumpa...ok itu cerita lain...
Tapi seperti lah jugak rezeki harta, meski kita yang nyata berusaha tapi ia tetap keputusan Tuhan mencampakkan ia atau menangguh ia atau sekadar memberikan ganti ganjaran yang lebih perlu di sisi Tuhan dek kerana ilmunya yang jauh lebih syumul dari setitik ilmu kita
Malam semalam, perbualan aku dengan A, seorang sahabat yang expressive & suka bercerita tentang tetek...membawa aku kepada kesimpulan ini...
A : Takpelah fek, at least you can manage your problem no matter how long is the list. Ko tau si S tu lagi kesian, adik tengah nazak nak mati dah, tunang pula mintak putus
"I dah tak boleh dengan you lagi, I tak tau kalau I boleh hidup dengan orang yang ada family problem macam you ni"
Aku : What the fish?? itu je sebabnya. that was really unfair...tapi takpelah, mungkin Tuhan dah carikan orang yang lagi sesuai untuk dia (sambil dalam hati memang masih tak boleh terima sebab dangkal ciptaan manusia behati cetek)
"mak aii...gila pongget minah ni...macamlah penyakit tu pilihan kita...kalau satu masa nanti kau kena barah tetek macam mane?...pffft" kata aku dalam hati
Di hujung cerita, S kehilangan adik kesayangannya sebelum pagi raya & juga kehilangan tunangnya sebelum pagi raya... how sad...ketika aku merasa susah & lelah dengan masalah sendiri...S lebih sempit dengan ujian yang bukan pilihan dia..
*****
Dan semalam juga, M the coolest buddies menghantar teks ringkas ke telefon tangan aku...
M : IC 03 lahir kat mane kot?
M dalam pencarian jodoh....sedang menunggu cahaya suluhan Tuhan pada jodoh pilihan nya...atau lebih tepat lagi jodoh pilihan Nya. setelah putus cinta dengan sebab yang tak kurang dangkal nya dengan sebab yang sedang digalas S.
"I rasa I tak boleh teruskan hubungan ni sebab I takut I lalai...I nak fokus pada study dulu buat masa sekarang"
hanya selepas 1 minggu sudah ada teman lelaki lain...pffftttt
Cerita cinta M bukan pendek, bukan tertakdir dengan mudah...mula ceritanya memang manis....sweeeeeeeet macam gula prai...pertemuannnya dimulakan dengan sembang-sembang di internet membawa kepada M menghantar roti jala kegemaran wanita yang dirasakan pilihannya sebagai sebab pertemuan pertama yang membawa kepada bertahun bercinta...kalau Cerekarama nak adapt this killing sweet story into drama...the title would be Cinta Roti Jala...pffftt
Aku : Kelate
aku membalas teks
M : Apa lah nasib
Aku : Kenapa bro?
M: Takde ape
selang 2 3 minit
Aku : Kelate pun ok je bro hehe
selang 2 3 minit
M : Ate teman idak la gheti makan budu
Aku senyum...walau kami masing tidak bercerita secara langsung, tapi kami tahu apa yang berlaku di sebelah satu lagi...instict that created like a Fight Club scene ni bukan datang dalam 2 3 hari berkawan... tapi hasil persefahaman lebih dari infiniti nilai persahabatan...itu cerita lain
Jodoh bukan pilihan kita...walau ia nampak macam pilihan kita...kalau Tuhan nak bagi peneman jiwa kamu seorang wanita sempurna sifat fizikal & rohani, memahami & menyayangi, ada telur kat pipi (telur kat pipi ye, bukan tempat lain) & berkulit mulus, gelak & menangis bila perlu, perkataan elok & perlakuan terpuji, hormat ibubapa & sayang keluarga, pandai masak & tidak malas, yang penting bijak & bertimbang rasa,tidak mengada-ngada & tidak bercakap kuat, dan yang terlebih penting seksi & menawan bila bergaya...well itu ganjaran pada mereka yang Tuhan pilih
Looking back to the list,
"Damn I miss you shayang!" ngiiiaaaauuuu
Malam semalam sedang aku duduk melayari selang waktu…duduk di tengah-tengah rumah sewa sekutu aku, Max…di tengah kesesakan Pantai Dalam yang mempunyai kepadatan penduduk yang terlampau…seminit aku melangkah ke alam melayu yang satu ini…aku rasakan seperti sepuluh hari berada di New Delhi atau Madras…bezanya komuniti dan join di sini berkulit sawo matang…oh ya dan berkilat…oh ya dan disini masih belum ada upacara mandi beramai-ramai seperti di Sungai Ganges
Apartment kos sederhana Max dikelilingi oleh penempatan mangsa-mangsa penggiat fasisme & pelarian perang kemodenan…bekas-bekas komuniti setinggan yang ditempatkan semula dalam petak-petak murah blok berupa rumah merpati ini tetap membawa bersama mereka budaya Badwi yang dulu…melihat blok-blok itu dari skala pembesaran yang jauh…ianya seakan satu bentuk art atau monumen budaya popular cukup dengan nilai estetika meneliti bumbung-bumbung usang mereka yang dipenuhi dengan basikal, kerusi, lampin pakai buang, kain baju orang yang lebih atas, tulang belulang, lumut-lumut yang semakin selesa membina habitat, jelas menerangkan kata-kata…
"Ulat dalam batu pun boleh hidup"
Kata sekutu aku Jelan yang juga duduk berdekatan…
"Duduk sini baru feel fek…rasai kehidupan kota"
Dalam hati aku berkata.. "Kehidupan kotak will do dude"
Lamunan aku dikejutkan dengan ajakan Max dari sudut biliknya sesudah sejadah dilipat kemas…
"Fek, kita runner pegi gerai Mid jom"
"Em boleh jugak…tapi lepak kejap je la"
aku seraya itu bersetuju dengan syarat 1 jam kemudian aku duduk di gerai burger sekutu aku yang aku hormati, Midin…seorang lelaki melayu yang sudah mengenal dunia mundane selama 22 tahun tetapi perwatakan dan lagaknya melangkaui usia sweet 22 nya itu…tak hairan kalau sekutu-sekutu Wilayah SB aku menggelarnya dengan gelaran ‘Orang Tua‘…tak pernah benar-benar menunjukkan emosinya yang sebenar…bila suka tidak terlalu suka dan ketawa…bila sedih tidak terlalu sedih dan menangis…
Mid, seorang sekutu yang mempunyai banyak sebab untuk aku hormati…berniaga menjual burger di Bandar Kinrara seawal 8 malam membawa ke tengah malam di selekoh gelap…setiap hari…sedang masih menuntut siangnya di salah sebuah institut pengajian di Serdang…mengejar ilmu dan segulung ijazah…walhal telah ada diploma di dalam kocek pengetahuannya…berapa ramai orang dalam dunia mundane ini yang berkesanggupan seperti Mid...tak ramai 2 jam duduk di gerainya…dalam kunyahan burger aku…aku perhatikan perlahan-lahan Mid bekerja…gigih…menyediakan secepat mungkin tempahan-tempahan pelanggan yang datang dari pelbagai latar belakang.
Dari yang memesan menggunakan teks mesej, panggilan telefon mahupun datang sendiri ke kedai atau yang menyuruh dihantar ke tempat lain…berkejar ke sana ke mari Mid menunaikan permintaan setiap pelanggan yang hanya tahu burger adalah sekadar burger…tapi aku rasa tidak bagi Mid
Dan yang paling menyentuh jiwa nihilis aku…tatkala pelanggan yang berkereta datang…Mid akan segera meninggalkan apa sahaja yang dikerjakan waktu itu dan meluru ke kenderaan pelanggan…menanti pesanan di luar tingkap…dengan penuh sabar…menanti si pelanggan untuk menurunkan tingkap kenderaan dan melafaz pesanan..berapa ramai penggerai burger yang buat begitu setiap kali yang kamu ketahui?…tak ramai
Kunyahan burger aku yang satu ini terasa sangat besar maknanya…ia bukan sekadar lapisan daging dihimpit sepasang roti…ia adalah lambang sebuah pengorbanan dari seorang lelaki kudus yang semakin membuat aku rasa malu…malu dengan diri sendiri…malu dengan dia…malu dengan setiap ringgit yang aku bazirkan…
Mengimbas beberapa tahun dahulu sewaktu kami semua masih menuntut di sekolah agama koboi…waktu itu ayahanda Mid meninggalkannya bertemu Ilahi dalam keadaan yang cukup menyentuh hati setiap sekutu-sekutu aku yang tahu dan berkesempatan melawat Midin di rumahnya nun jauh di sebuah kampung di Wilayah SB yang juga rumah yang telah menyaksikan perih jerih orang tuanya membesarkan lebih 5 orang anak…
Malam itu, ayahandanya dalam perjalanan untuk mengambil Mid di rumah sekutu aku Dang, singgah dari kepulangannya bercuti sekolah…dalam kegelapan malam dan separa kudrat seorang tua memacu motosikal caboknya…penantian Mid selama beberapa jam membawanya ke alam mimpi dek kerana terlalu letih menunggu..
Namun hari itu…mimpi sahaja tak cukup untuk jadi penutup hari yang telah ditakdirkan tuhan…dalam keheningan subuh dan derai-derai embun di hujung daun…salam kedengaran di rumah Sidang...beberapa utusan dari kampung Mid menyampaikan berita sedih…
Dalam mamai-mamai separa sedar…Mid menurut sahaja… Ayahanda tercintanya dilanggar lari oleh sebuah kereta dalam gelap malam
Pagi itu…tatkala kami melangkah ke laman rumahnya, orang-orang kampung berketayap putih memandang lesu…mendengar sendiri cerita-cerita hiba dari mulut Mid tentang itu ini…dalam dengungan bacaan surah Yassin…satu-satu sekutu aku memburaikan ego menitiskan air mata…simpati…sesal…kasih…semua terhurai dan terburai
Ya dan Mid juga sudah pasti begitu…air mata yang sangat jarang-jarang kelihatan itu jatuh ke bumi…
Sebelum balik malam semalam…aku hulurkan wang yang jauh lebih tinggi dari harga sekeping burger…aku katakan
"keep the change" dalam nada stoic
Mid cuba memberi pulangan…aku genggam tangannya dengan kedua-dua belah tangan aku…aku pandang ke dalam mata sekutu aku dalam-dalam…dia faham sendiri maksud aku…
"Terima kasih banyak-banyak Fek" dalam nada gembira dan sedikit getar pada suara jujurnya
Pada aku itu adalah Art of Giving pada fahaman aku… Bila kita memberi pada siapa yang kita tahu takkan dapat memberi kita balik…aku yakin tuhan cukup arif tentang kadar pahala dan ganjaran

Satu adunan budaya & agama yang paling murni dalam hidup Orang Melayu yang aku harap tak akan berubah sampai bila-bila ialah Sesi Bersalaman di pagi raya...
Kalau nanti ada satu suara yang berkata amalan ni patut dihapuskan, aku jadi orang pertama melintang suara itu bagi tak berbunyi...biar satu kelompok manusia semakin tak percaya pada Keajaiban (pagi) Raya...mungkin mereka satu orang yang hidup dalam keluarga pelik yang tarik muka satu sama lain...mencari setiap inci alasan untuk tak sama dan bergaduh batin... sibuk bertanya (konon) khabar itu ini hanya untuk mencari sebab untuk mengatakan mereka lebih bagus dari orang di sebelah lagi satu yang tak kurang pongget nya...
Makcik Pongget 1: "So, sekarang ni anak-anak dah keje? keje ape?"
Makcik Pongget 2: "O anak sorang keje gomen, sorang baru habis belajar di oversea, boleh la gaji 4 5 ribu"
Makcik Pongget 1: "Emmm 4 5 ribu je...yang along tu 4 5 ribu duet belanja dia bagi kat kite je bulan-bulan...alhamdulillah la rezeki dari anak-anak kan"
Makcik Pongget 2: (dalam hati) cibai!!!
Makcik Pongget 1: (dalam hati) cibai!!!
Anak Makcik Pongget 1 & 2 : (dalam hati) cibai!!!
Suami Makcik Pongget 1 & 2: pffftttt
Malam raya aku sendiri meredah hening malam pulang ke kampung berbekalkan sedikit wang yang aku tak gembira mengiranya...aku tak gembira bila duit aku dalam pelbagai warna...itu tanda aku sedang tak senang ...aku senang bila duet aku dalam satu warna...warna kekayaan...bentuk keras...the smell of money...fikiran melayang entah ke mana... lagu-lagu raya dari radio tak membantu menenangkan fikiran kusut tentang itu dan ini...apatah lagi lagu raya yang tak kedengaran seperti lagu raya.. yang lirik dalam satu album mempunyai 50% kesamaaan kalau dilakukan cross check antaranya...
"Apa punya lagu la...lirik macam buat kat jamban je" aku berkata sendiri
Dada terasa sesak & tinggi...sengaja aku turunkan tingkap kereta...dapat rasa angin malam raya yang berbau karbaid & belerang mercun dan meriam...harap dalam sejuk angin raya...ada bau daun ketupat direbus, rendang dan minyak tanah dari pelita ...bau langsir dan baju baru...the smell of Raya
Ramadhan ini bukan Ramadhan paling sempurna dalam 25 tahun hidup aku...semua segi aku gagal... tak ada apa yang aku boleh banggakan Ramadhan ini...masalah menimpa dalam senarai yang tak pendek...minggu terakhir Ramadhan dalam pertemuan singkat dengan sahabat paling cool aku, M
M : Bulan puasa ni kita tak jumpa langsung ye bro? takde sahur dengan sardin dan nasi panas...takde sahur dengan nasi goreng berapi sekawah haha
Aku : Kalau kepala da berisi, sepelaung pun abes nasi goreng hahaha...tapi bulan puasa ni memang paling banyak dugaan bro... sambil melayan sebatang rokok mintak...di celah kesibukan teksi merah putih beratur cari duet raya...aku melerai satu-satu cerita tak gembira aku di hadapan M, dia senyum dalam hembusan asap nikotin setiap kali habis rangkap...
Aku : Entahla bro, sampai satu masa aku rasa cepatlah habis raya & Ramadhan & all this crap...bukan tak redha tapi redha saja tak cukup...aku penat, letih & lelah lalu all this shits...hopefully this is the last test..Oh Lord...
aku tak tau aku mampu balik raya ke tak ni...feewhhh
Selepas memijak mati puntung rokok, M senyum.
Sambil telunjuk diacu seperti Osama Laden
M : that's the big point... you've been thru it bro...you've managed to go thru all that shit...& standing here
Aku diam...benar...sangat benar...aku lupa fakta tu...as I said, M is the coolest
Pagi raya itu, dada masih terasa sesak...kepala masih tak tentu isi...senyum masih bukan senang... sehinggalah saat aku berjabat tangan dengan ayahanda & bonda aku yang senyum dalam mata berkaca... menyusun ayat-ayat kemaafan & keampunan yang tak mudah untuk aku habiskan hinggan butir terakhir... memohon doa mereka agar lapang dada sesak aku ni...meminta agar doa-doa terbaik sampai kepada semangat aku... meskipun sangat sukar untuk aku habiskan ayat-ayat itu...dalam berhenti menghela nafas...dalam esak & sesak tangis hati yang lelah...aku luahkan segala kesusahan pada ayahanda & bonda...
Pagi raya itu aku jadi King of Tears, kalau Rosham Nor tengok, mesti dia pencen berlakon buat bisnes sepenuh masa, Kalau Fasha Sanda tengok, cair la segala produk Garnier kat pipi dia...Kalau Rashid Sibir ada kat situ, mesti aku jadi hero Pondok Burok Raya...Kalau Jaafar Onn, err ok you guys got the picture
"Damn, dah lama tak nangis camni!" kata aku dalam hati
Raya masih relevan...tak rugi aku balik raya ni
Dan selepas itu, dada yang sesak terasa kosong...Kepala rasa ringan...Hati rasa lapang...Perut rasa...lapar
"Bak sini rendang tu" kata aku...Selamat Hari Raya
SATU
Aku ke pejabat pos UKM hari ni…mahu mendaftar diri sebagai sebahagian daripada proses pemilihan partai pemerintah Malaya…pengundi Selesai urusan…aku mahu melangkah keluar dari pejabat pos yang ade pintu kaca beserta pemegang yang tertera tulisan ‘TOLAK‘ dan ‘TARIK‘…oh ya…pejabat pos ini juga ada kaunter yang dijaga oleh petugas yang lumpuh urat senyum dan tak reti macam mana nak jawab salamMenerusi kaca pintu aku dapat lihat 3 orang lelaki cina berjalan ke arah pintu…yang paling depan berpakaian segak berbaju biru dan tali leher John Master dan rambut tersikat rapi…diikuti 2 orang berpakaian kasual di belakangnya Sudah menjadi kebiasaan aku untuk terlebih dulu mencapai pemegang pintu dalam kondisi seperti itu…untuk memberi laluan kepada orang lain…aku rasa itu satu amalan murni yang tak ramai orang Malaya lakukan
Aku capai…aku buka dan beri laluan Ketiga-tiga mereka ketara kelihatan terkejut..
Yang paling depan lantas mengucapkan "Thank you good Malaysian" "No prob" jawab aku tapi dalam hati aku jawab "Indeed I am"
2 orang lagi berjalan melintasi aku sambil tersenyum dan menepuk bahu aku 2 kali setiap seorang…2 kali…aku terimanya sebagai ucapan terima kasih…sebab terima kasih atau thank you atau xie xie ada 2 patah perkataan.. Aku melangkah keluar…tersenyum sendiri Memang perkara kecil yang kita lakukan boleh menghasilkan impak yang besar terutamanya di Malaya yang dilanda Evolusi Pemonggetan menghapuskan nilai murni walhal kita menglamputinggikan budi bahasa sebagai budaya kita…pffftt
DUA Aku pergi ke Warta…aku tetap memanggilnya Warta walaupun telah ditukar kepada Bintang…jangan salahkan aku…aku membesar di dalam masyarakat yang memanggil ubat gigi sebagai Colgate walaupun ubat gigi itu berjenama Darlie, White Fresh atau Sensodyne (yang ade doktor gigi bercakap sambil kamera menghala kepada foto anak bini dia…pffftt…apa motif kot? gunalah Sensodyne, kamu akan dapat anak bini macam saya?)…aku juga membesar dalam masyarakat yang memanggil mee segera sebagai Maggi tanpa mengambil kira apa tajuk jenamanya…
Menuju ke arah kedai menjual kerepek dan buku agama di bawah tangga gerak (escalator)…belek-belek…bukan kerepek tapi buku agama…aku cari ma’thurat menggantikan ma’thurat aku yang sudah tercerai helaiannya…tak jumpa…sebab makcik ni tak susun buku dia jual…pffftt
Aku tanya die "Kak, ma’thurat ada jual?" (aku panggil akak sebab nak senangkan hati dia) Dia pandang aku atas bawah dengan lirikan skeptikal…ya tatkala itu aku pakai tshirt v-neck saiz S, jeans fit cut dan slip-on putih Everlast aku dan rambut spiky…tapi takkan pelik sangat bila orang macam aku nak beli ma’thurat Makcik tu suruh anak dia ambilkan…dia hulur pada aku
Aku berlalu selepas aku bayar wang dan cakap"Saya beli kak" (ingat Tengkolok Budi Melayu) sedang makcik tu cuma senyum tawar je tanpa balas dengan ‘Saya jual’…pfffttt Lain kali jangan jual buku agama je…baca buku agama tu sekali…
TIGA Beberapa hari lepas aku pergi ke sebuah kedai buku di Alamanda…membelek-belek majalah-majalah sedang sekutu jubah ungu aku sibuk membeli nugget untuk sahur katanya…dan fakta yang menarik ialah mereka beli nugget ber..*kira-kira*…berenam…berenam untuk beli nugget…pergi beli nugget berenam…pfffttt Aku pasti ia akan mengambil masa lama dengan menimbangtara gender(perempuan), bilangan(enam), pasaraya(Carrefour) Jadi aku luangkan masa aku untuk bahan bacaan…bukan majalah macam Akademi Fantasial atau majalah-majalah marhaen lain yang sibuk menjadi agen pongget mengabaikan apa saja wasiat Professor Di-raja Ungku Aziz terhadap orang Malaya terutamanya yang berkulit sawo matang macam aku ni…aku sedar penjaga kedai berbangsa India tu kerap menjeling aku…agaknya prejudis dengan aku yang mungkin datang mahu jadi pembaca percuma..
Minta maaf Letchumy, aku bukan Melayu Tipikal
Aku capai satu majalah yang memang dah lama aku nak langgan selepas National Geography…Times…sama dengan nama band yang nyanyi lagu Wilayah Strawberry dan Telegram Untuk Yoko tu
Aku tuju kaunter…meletakkan majalah ke atas kaunter sambil memandang penjaga kaunter yang asyik terbatuk-batuk…batuk lagi…aku tanya "Are you ok?"
"Ehhmmm…i’m fine" dia jawab dengan mata merah berkaca dengan air mata
"Do take good care of your health miss…kalau tak sape nak jaga kedai ni" aku jawab lagi sambil tersenyum
Dia tersenyum memandang aku sambil tersenyum ala-ala Aishwarya Rai
Aku tanya harga majalah tu walaupun aku sudahpun nampak tanda harga kecil RM8.50 (rujuk Tengkolok Budi Melayu)
Dia senyum dan jawab "lapan ringgit setengah tapi disebabkan you are very kind…saya bagi you tujuh ringgit" Aku membalas senyum dan menghulur wang sambil mengucapkan terima kasih Persepsi aku pada orang Malaya bercampur aduk ketika ini…memang ada antara orang Malaya yang baik dan menghargai…tak kurang juga yang skeptikal dan bersikap dingin…terpulanglah kamu mahu jadi dalam join yang mana tapi yang penting jangan menyusahkan aku