Monday, July 9, 2012

Watak : Talib



“Ko gemok, mana boleh join team kitorang!” kata orang kuat Kiman yang tak kurang juga gemuknya. Tapi disebabkan dia pergi sekolah dengan duit belanja 5 ringgit & dia jugaklah tuan punya bola Tango. Semua asshole apple polisher dah approve yang Kiman bukan gemok, Kiman sendo.

Talib masih tak faham “Mana aci, Kiman gemok tapi korang bagi main. Aku tak boleh pulak?”

Petang itu sedang burung pulang ke sarang, tok bilal sedang sibuk adjust mikrofon untuk azan Maghrib, Talib pulak sedang terkial-kial menjolok kasut bola kain Panda nya dari atas bumbung surau. Balasan kepada bantahan presin ‘Kiman pun gemok, apasal dia boleh join team?’

“Eleh setakat beli bola Tango dengan duit bapak, aku pun boleh. Tinggal lagi bapak aku tak jadi Manager je” rungut Talib dalam hati.

Talib bukanlah budak paling gemok dalam sekolahnya. Cuma ciri-ciri tu jadi tak sehaluan dengan minatnya. Nak main bola untuk Malaysia. Kalau dibandingkan dengan Mastura anak mamak tu, kurus jauhla Talib ni. Tapi kalau nak banding dengan semua budak-budak yang main bola kat padang memangla Talib kalah. Paling dekat pun Kiman, tapi Kiman kaya sikit dari Talib & bola Tango tu ada nama Kiman, siap bin lagi. Nasib naik no IC takde lagi.

Talib memang minat betul bab-bab bola. Cuti sekolah lepas pun paginya dihabiskan menghantar suratkhabar untuk kedai runcit si bapak Seng tu. Mana-mana tin yang boleh dijual kat bangla besi buruk hujung kampong pun habis dikutip. Bila bukak sekolah, Talib pun dapatlah beli kasut bola Adibas yang dah lama dia aim kat kedai Polywata sebelah kedai nombor kat pekan tu.

“Ini kasut memang top punya tau. Memang nama ada sama macam Adidas sebab sama kilang tapi ini murah punya. Tapi performance lebih kurang saja” pujuk tauke Polywata sambil pakai jersi Harimau Malaya.

“Tak payah kencing la tauke, aku tau Adidas la. Cuma aku belum ada duit mau beli. Bagi harga kurang sikit” balas Talib

Malam itu, digodeknya bekas tin menjahit bondanya. Kasut bola Adibas yang berjalur 4 tu pun di ‘operate’ jadi 3 line. Dari jauh memang nampak macam Copa Mundial. Kembang kempis hidung Talib bila dia berdiri depan cermin. Bersinglet putih yang koyak di perut. Berkain pelikat kotak-kotak. Berkasut bola Adibas.

Malam itu Talib tidur dengan kasut bola. Bantal pelok pun tak penting. Bunyi angin dari kipas siling yang meniup bucu-bucu poster Safee Sali di dinding bilik Talib sehingga terkipai seakan tepukan gemuruh satu stadium untuk Talib.

Biar Talib tak mampu jadi Safee Sali, tapi ada Safee Sali dalam diri Talib.

No comments:

Post a Comment