Monday, July 9, 2012

Ruffsee Ruffsay






Aku berjalan ke arah pintu pejabat aku atau klinik aku atau apa sahaja yang aku mahu anggap. Kedua-duanya ada hak. Poket sedikit berisi dengan wang hasil titik peluh bulan lepas.

Belum sempat aku tutup pintu kaca..

“Assalamualaikum bang, abang kerja di sini ke? kami dari NGO yang membantu Persatuan Spastik yada yada yada...” kata seorang budak lelaki rambut belah tepi yang menguntum senyum murah rezeki.

Minda aku cuma terima satu mesej ‘DERMA’

Tak lama kemudian sekonyong-konyong datang seorang budak perempuan yang tampak agresif. Aku syak dari NGO yang sama. Diredahnya aku yang berdiri di depan pintu masuk. Terus melulu masuk ke dalam klinik. Membuktikan telahan awal aku. Agresif. Budak ni kalau masuk kerja gomen bagus ni.

Aku : Excuse me, what are you looking for inside? I’m here.

Mamat Rambut Belah Tepi : Weh sini la, jangan masuk. Abang ni kerja sini la.

Sambil melambai-lambai tangan pada Minah Agresif.

Minah Agresif : Oh sori sori. Abang kerja sini ke? Sori bang saya ingat abang customer.

Aku : Next time, ask first please. Jangan main redah je. Silap masuk pejabat Ah Long, tak sempat ko nak berabang-abang.

Aku pun keluarkan buah nasihat abang-abang aku

Mamat Rambut Belah Tepi : Mintak maaf bang, tolong sain kat sini ye bang

Sampuk Mamat Rambut Belah Tepi bila sedar nada aku bercakap dah macam nada Eman Manan.

Minah Agresif : Sori bang, saya nampak tempat ni macam klinik

Aku : Oh so I don’t look like a doctor? Is that what are you trying to say?

Aku duga Minah Agresif dengan Mamat Rambut Belah Tepi

Mamat Rambut Belah Tepi : Oh abang doktor ke? Mintak maaf doktor.

Berebut-rebut Mamat Rambut Belah Tepi minta maaf.

Minah Agresif : Sorry bang, selalunya doktor pakai macam orang pergi ofis. Tapi abang pakai macam rilek-rilek je. Siap pakai Rayban lagi. Abang pun nampak muda. Saya ingat abang customer.

Macam aku cakap. Minah Agresif memang agresif & banyak cakap.

Aku : OK, let me ask you. Kalau saya doktor, awak nak datang jumpa saya kalau sakit?

“Eh lagi best kalau doktor macam ni, mestilah nak” berebut-rebut dua-dua nak bagi jawapan. Macam ada pertandingan.

Aku : Well, that makes me a doctor la then!  OK Thank you.

Aku tutup perbincangan dengan senyuman sambil tutup daun pintu kaca disorak dengan ucapan terima kasih & minta maaf yang bertalu-talu.

Aku berdiri depan cermin. Aku memang tak sempat nak cukur & kemaskan rerambut kat muka aku pagi tadi.

“Itu belum aku shave, pakai jubah doktor lagi tu. Kalau aku gantung stateskop kat leher, mahu merayu dorang mintak aku bedah dorang depan pintu tadi” repek aku dalam hati sambil menelek-nelek sisa cukuran semalam yang semakin menghijau.


2 comments: