Monday, July 9, 2012

Ruffsee Ruffsay






Aku berjalan ke arah pintu pejabat aku atau klinik aku atau apa sahaja yang aku mahu anggap. Kedua-duanya ada hak. Poket sedikit berisi dengan wang hasil titik peluh bulan lepas.

Belum sempat aku tutup pintu kaca..

“Assalamualaikum bang, abang kerja di sini ke? kami dari NGO yang membantu Persatuan Spastik yada yada yada...” kata seorang budak lelaki rambut belah tepi yang menguntum senyum murah rezeki.

Minda aku cuma terima satu mesej ‘DERMA’

Tak lama kemudian sekonyong-konyong datang seorang budak perempuan yang tampak agresif. Aku syak dari NGO yang sama. Diredahnya aku yang berdiri di depan pintu masuk. Terus melulu masuk ke dalam klinik. Membuktikan telahan awal aku. Agresif. Budak ni kalau masuk kerja gomen bagus ni.

Aku : Excuse me, what are you looking for inside? I’m here.

Mamat Rambut Belah Tepi : Weh sini la, jangan masuk. Abang ni kerja sini la.

Sambil melambai-lambai tangan pada Minah Agresif.

Minah Agresif : Oh sori sori. Abang kerja sini ke? Sori bang saya ingat abang customer.

Aku : Next time, ask first please. Jangan main redah je. Silap masuk pejabat Ah Long, tak sempat ko nak berabang-abang.

Aku pun keluarkan buah nasihat abang-abang aku

Mamat Rambut Belah Tepi : Mintak maaf bang, tolong sain kat sini ye bang

Sampuk Mamat Rambut Belah Tepi bila sedar nada aku bercakap dah macam nada Eman Manan.

Minah Agresif : Sori bang, saya nampak tempat ni macam klinik

Aku : Oh so I don’t look like a doctor? Is that what are you trying to say?

Aku duga Minah Agresif dengan Mamat Rambut Belah Tepi

Mamat Rambut Belah Tepi : Oh abang doktor ke? Mintak maaf doktor.

Berebut-rebut Mamat Rambut Belah Tepi minta maaf.

Minah Agresif : Sorry bang, selalunya doktor pakai macam orang pergi ofis. Tapi abang pakai macam rilek-rilek je. Siap pakai Rayban lagi. Abang pun nampak muda. Saya ingat abang customer.

Macam aku cakap. Minah Agresif memang agresif & banyak cakap.

Aku : OK, let me ask you. Kalau saya doktor, awak nak datang jumpa saya kalau sakit?

“Eh lagi best kalau doktor macam ni, mestilah nak” berebut-rebut dua-dua nak bagi jawapan. Macam ada pertandingan.

Aku : Well, that makes me a doctor la then!  OK Thank you.

Aku tutup perbincangan dengan senyuman sambil tutup daun pintu kaca disorak dengan ucapan terima kasih & minta maaf yang bertalu-talu.

Aku berdiri depan cermin. Aku memang tak sempat nak cukur & kemaskan rerambut kat muka aku pagi tadi.

“Itu belum aku shave, pakai jubah doktor lagi tu. Kalau aku gantung stateskop kat leher, mahu merayu dorang mintak aku bedah dorang depan pintu tadi” repek aku dalam hati sambil menelek-nelek sisa cukuran semalam yang semakin menghijau.


Watak : Talib



“Ko gemok, mana boleh join team kitorang!” kata orang kuat Kiman yang tak kurang juga gemuknya. Tapi disebabkan dia pergi sekolah dengan duit belanja 5 ringgit & dia jugaklah tuan punya bola Tango. Semua asshole apple polisher dah approve yang Kiman bukan gemok, Kiman sendo.

Talib masih tak faham “Mana aci, Kiman gemok tapi korang bagi main. Aku tak boleh pulak?”

Petang itu sedang burung pulang ke sarang, tok bilal sedang sibuk adjust mikrofon untuk azan Maghrib, Talib pulak sedang terkial-kial menjolok kasut bola kain Panda nya dari atas bumbung surau. Balasan kepada bantahan presin ‘Kiman pun gemok, apasal dia boleh join team?’

“Eleh setakat beli bola Tango dengan duit bapak, aku pun boleh. Tinggal lagi bapak aku tak jadi Manager je” rungut Talib dalam hati.

Talib bukanlah budak paling gemok dalam sekolahnya. Cuma ciri-ciri tu jadi tak sehaluan dengan minatnya. Nak main bola untuk Malaysia. Kalau dibandingkan dengan Mastura anak mamak tu, kurus jauhla Talib ni. Tapi kalau nak banding dengan semua budak-budak yang main bola kat padang memangla Talib kalah. Paling dekat pun Kiman, tapi Kiman kaya sikit dari Talib & bola Tango tu ada nama Kiman, siap bin lagi. Nasib naik no IC takde lagi.

Talib memang minat betul bab-bab bola. Cuti sekolah lepas pun paginya dihabiskan menghantar suratkhabar untuk kedai runcit si bapak Seng tu. Mana-mana tin yang boleh dijual kat bangla besi buruk hujung kampong pun habis dikutip. Bila bukak sekolah, Talib pun dapatlah beli kasut bola Adibas yang dah lama dia aim kat kedai Polywata sebelah kedai nombor kat pekan tu.

“Ini kasut memang top punya tau. Memang nama ada sama macam Adidas sebab sama kilang tapi ini murah punya. Tapi performance lebih kurang saja” pujuk tauke Polywata sambil pakai jersi Harimau Malaya.

“Tak payah kencing la tauke, aku tau Adidas la. Cuma aku belum ada duit mau beli. Bagi harga kurang sikit” balas Talib

Malam itu, digodeknya bekas tin menjahit bondanya. Kasut bola Adibas yang berjalur 4 tu pun di ‘operate’ jadi 3 line. Dari jauh memang nampak macam Copa Mundial. Kembang kempis hidung Talib bila dia berdiri depan cermin. Bersinglet putih yang koyak di perut. Berkain pelikat kotak-kotak. Berkasut bola Adibas.

Malam itu Talib tidur dengan kasut bola. Bantal pelok pun tak penting. Bunyi angin dari kipas siling yang meniup bucu-bucu poster Safee Sali di dinding bilik Talib sehingga terkipai seakan tepukan gemuruh satu stadium untuk Talib.

Biar Talib tak mampu jadi Safee Sali, tapi ada Safee Sali dalam diri Talib.

Teguran Dari Tuhan



Petang itu aku memandu pulang kereta cari makan aku selepas menghantar MLS ke Stesen Pekeliling...perlahan. jimat minyak...kan kepala Negara suruh berjimat.

Memang setiap kali selepas rutin yang ini, jiwa nihilis aku selalunya dirundum sepi & sendiri yang sukar dibayangkan. Kalau nak mintak aku tulis skrip cerita sedih, masa-masa macam ni la. Minggu ni  dah genap 4 minggu aku tak berpeluang balik ke kampung untuk ambik pahala jenguk mak bapak aku. Bukan tak mahu atau teringin jadi batu, Cuma tak berkesempatan. Tapi aku yakin mak bapak aku bukan jenis mak bapak yang suka humban anak dalam neraka...pun begitu sudah tentu aku malu dengan i’lah yang satu ni. Ironinya tiap-tiap minggu aku hantar MLS tapi 4 minggu aku tak jumpa mak bapak sendiri. Kalau duduk zaman dulu, dah tentu dah jadi hikayat anak derhaka. Tanggang dah boleh cium tumit aku je...

Bila sedih atau susah, lumrahnya manusia akan cari Tuhan, meskipun ada yang menongkah lumrah. Jadi aku ingat yang aku tak solat Asar lagi. Casio Gold G360 aku tunjuk 15 minit sebelum pukul 6 petang. Kalau tak sekarang bila lagi kata sebelah kanan. Sebelah kiri kata Asar kat rumah je, rumah aku bukan jauh pun. Kanan menang. Kiri dendam.

Selesai menghadap. Tengah-tengah surau. Duduk. Fikir sesaat yang katanya lebih baik dari seribu tahun ibadah. Sebab aku takde seribu tahun, hence..

Ada anak kecil yang baru selesai solat betul-betul sebelah kanan aku. Kuyup dengan wudhu’. Baju seluarnya. Rambut kepalanya. Tak sampai sedekad pun usia.

Sekarang  aku sedar yang aku berdua dalam surau yang tak besar tu, cukup kecil untuk aku terdengar doanya.

 “Ya allah Ya Tuhanku, ampunilah segala dosa-dosa aku yang kurang ilmu & mengerti ujian darimu. Ampunilah segala dosa-dosa kedua ibu bapaku walaupun aku tak pernah bersua muka. Berilah peluang untuk aku bertemu dengan kedua ibu bapaku. Janganlah kau hukum aku bila aku berasa sedih melihat orang lain dengan ibu bapa mereka. Sesungguhnya aku masih kecil & tak mengerti. Kau berikanlah petunjuk supaya aku tahu yang ibu bapaku masih ada menunggu aku. Aku pun mahu merasa kasih sayang ibu bapa seperti Afiq & Iwan..... Amin ya Rabbal A’alamin”

Untuk beberapa minit seterusnya adalah satu ruang vakum pada aku. Sudah semacam disampuk hantu bisu, aku terkedu. Bunyi kriuk kriuk kipas usang atas kepala pun jadi sunyi. Ada air panas yang jatuh atas pergelangan tangan aku yang kini sejuk semacam mati.

Sedar aku toleh. Anak kecil sudahpun meninggalkan aku yang baru sahaja ditegur Tuhan.

Selepas bernafas panjang. Aku pandang Tuhan.

“Terima kasih Tuhan”

Aku senyum pada Tuhan. Ada lagi tempat aku di sisi Kamu.

Mesej dihantar pada penama 'Mama'

“Ma, masak ayam masak kicap. Adek balik malam ni :-)


Tuesday, June 19, 2012

Miss en scene, Ketuhanan & Dogma

 

Jika kita saksikan miss en scene & bahasa tubuh? 

Saksikan & ulang berulang kali, fahami bait & soalan dari Ms Manji 

 Jika kita mampu fikirkan tentang Tuhan & wakil Tuhan samada self appointed (seperti dirujuk oleh Ms Manji) atau yang dilantik oleh leluhur wahyu & sunnah. Agaknya manakah hebatnya setiap dari kita sebagai sebaik-baik kejadian menganut satu-satunya agama yang diterima? 

Jika kita mampu menjadi literalis yang mampu mentafsir setiap isyarat Tuhan dalam kitabnya tersurat & tersirat. Siapakah penentu kemampuan kita? 

Jika kita tahu batas untuk beriktikad atas patuh atau takut melulu. Takut padaNya atau yang takut pada dogma terkumpul & tertradisi. Salah siapa bila agama jadi ekslusif & diam itu tandanya patuh? 

Jika cendekiawan (self appointed & dilantik leluhur wahyu & sunnah) mampu menunjukkan duduk letak kebenaran & ketuhanan pada Ms Manji & bukannya usiran & rampasan. Sudah tentu yang batil & hak nampak jelas & terang. 

Akhir sekali, ada benar & gusar pada cadangan Ms Manji...dan apakah mampu kita duduk bersama dalam agama 

"God is one. That is the central tenant of Islam. Nobody can legitimately behave as if he or she has the full truth of anything which further means that actually it becomes the spiritual duty for muslims to contribute to society which we can disagree with one another in peace & with civility because anything less means we are playing God to one another. The delicious paradox is believing in one God obliges us to defend human liberty"

Monday, April 2, 2012

APA TANDA BIJAK?

Pernah dengar orang kata
" I talk in English so that I could sounded educated"?

Pernah terfikir kenapa orang di negara ini tak menunggu orang keluar terlebih dahulu dari tren sebelum masuk ke dalam tren?

Pernah risau tentang pembinaan loji pelupusan nadir bumi sedang apa yang ada tak terselenggara?

Pernah lihat orang campak sampah dari dalam kereta ke jalan raya?

Pernah tonton ulasan pemimpin dalam TV tentang apa sahaja isu?

Pernah dengar negara dunia pertama & ketiga?

Jika kita canggung tentang itu semua, cuba lihat yang ini



Wednesday, March 14, 2012

SIRI PELAKON PENTAS : INTRO




Watak,
Tanpa ia pentas hidup apalah makna,
Tanpa ia manakan bernyawa dunia seisinya,
Tanpa ia mana ukur nilai sekeping jiwa,
Tanpa ia lumpuh jalan cerita.

Watak,
Aku rasa begini orang kata aku begitu,
Dinilai kita permata orang kata batu,
Yang jahat tak tentu lagi mati lesu,
Yang baik tak tentu berakhir sebuat Yang Satu.

Watak,
Ke laut & ke darat,
Ke lembah & ke hutan,
Ke hiruk pasar & ke hening mimbar,
Pelbagai cerita rahsia & terbongkar.

Watak,
Yang layak menilai hanya Tuhan,
Melihat dalam cahaya & gelap seorang,
Mengintai yang zahir & yang terdetik,
Mana yang aku nampak itulah kisah,
Dengan mata buntang atau mata iman...

Ruffian, cerita boleh lahir dari satu watak. Meski kita tak pernah bercerita depan muka, tapi datangkan aku satu watak, selalu telahan kita tentang apa dan siapa pelakon jasad & jiwa.

Atas penilaian untuk bacaan, perbandingan & pengajaran, dipandu Gonzo, buah tangan terbaru Ruffian...

"Siri Pelakon Pentas"

Tuesday, March 13, 2012

HILANG DALAM PERALIHAN


Bukan sedikit Ruffian yang tak jemu bertanya samada secara lisan langsung, sindiran sinis, mesej Mukabuku, pesanan ringkas & kirim salam & soalan pada orang lain.

Bila nak update Ruffian ni bang?” – Jantan pemantun adik-adik

Lu sibuk sangat ke sampai berhabuk Ruffian ni aku nengok” – Kawan lama di perantauan

Ko dah ade blog lain ke? Terapi lain perhaps?” – Sekutu alma matter

Dan yang paling buat aku rasa bersalah

Dulu kepala kusut, boleh jugak layan internet baca Ruffian. Sekarang dah takde” – Anonymous setia

Yang ni aku dapat sesudah bangun dari tidur.

Bila difikir-fikir....Aku hanya sedar siapa pembaca Ruffian bila aku berhenti menulis.

.

.

.

Untuk soalan-soalan di atas & semua soalan yang berbaur serupa.

Aku ada di sini. Cuma bilamana kamu harapkan cerita hidup yang lalu ada dalam Ruffian, yang itu aku tak dapat janji.

Sebab dunia aku sekarang memang lain dari semasa Ruffian mula dulu...

Dulu, aku mohon hidup berdrama, supaya dapat belajar & menulis dengan lancar

Sekarang, drama is understatement untuk terjemah hidup aku.

Bukan tak rindu zaman-zaman menulis jadi makanan & nikotin & daun-daun jadi ulam cuma itu masa lampau...masa lampau yang mengajar banyak perkara.

I hate to see it goes, but I love to see it leaves

.

.

.

Terapi ini tetap relevan, tapi kontennya mungkin berbeza...

Kalau diikutkan, memang banyak dalam kepala nak dirembes tapi...

Segalanya lancar menjadi cerita hidup dalam kepala...sebab itu bila ada sekutu yang berani bertanya

Sebenarnya apa yang kau fikir? Cuba kau cerita pada aku. Mana tau aku dapat tolong

Pada mereka aku senyum. Sekali sekala aku ucapkan terima kasih atas tawaran. Itu pun dah cukup buat aku gembira. Tapi aku bukan bodoh & sombong atau bodoh sombong. Cuma apa yang ada dalam benak fikiran aku tak tercapai oleh akal kamu. Sekali fikiran aku tertancap pada sesuatu, ia boleh pergi jauh merentas logic. Aku takut nanti kamu kena strok atau kemurungan melampau atau bipolar tahap 8 selepas dengar apa yang ada dalam kepala aku.

Sebab aku sayang kawan-kawan aku. Aku katakan

It’s ok my friend.....it’s ok

Sebab aku sayang terapi ini & Ruffian seisinya. Aku katakan

I’m still here but I dissapear...see you in another world

Bila aku baca semula entri ni dari atas....macam gampang pun ada!