
Kurang sebulan lalu, MLS ada memberi khabar kepada aku yang salah seorang pesakitnya berpangkat makcik menjemput MLS beraya ke rumahnya
MLS : Dia kata nak kenal-kenalkan dengan anak dia. Bersungguh-sungguh dia nak kenalkan dengan anak dia tau Ruffeey.
Aku: (pandang ke arah MLS dengan kening The Rock)
MLS : betul Ruffeey, I’ve told her that I’m with someone tapi dia nak jugak kenalkan dengan anak dia.
Aku : (dalam hati) (20%)
“In jealousy there is more self-love than love.” - François, Duc de La Rochefoucauld, Maxims,
Jadi, aku tenang-tenang pandu kereta...Cuma kali ini genggam stereng aku lebih erat...kalau stereng aku jenis yang gantung-gantung kat kedai aksesori marhaen tu, dah berkecai dah
.
.
.
Selang beberapa hari lepas, selepas seharian tiada satu mesej atau panggilan dari MLS ke telefon bijak aku...aku gusar, gusar aku
Hanya bila sekonyong-konyong malam berlabuh, baru la MLS menghubungi aku menerusi telefon bijaknya.
MLS : I’m sorry Ruffeey, petang tadi hectic sangat. Makcik yang shayang cerita tempoh hari ajak pergi rumah dia. Banyak kali dia called. Dia sanggup pick up shayang naIk kereta anak dia
Aku : Oyeke. So you went? (50%)
MLS : Dia siap cakap “takpe, Cik Sarina tunggu ye, nanti makcik ambil naik kereta anak makcik, warna merah”
Aku : So you went? (60%)
“Envy is thin because it bites but never eats” - Spanish
Dan percayalah gigitan tu sangat sakit..
MLS : Anak dia naik SuzukI Swift tau Ruffeey...lawaaaaaaa....warna meraaaaaaaahh
Aku : Em, Then? (70%)
“Jealousy is no more than feeling alone against smiling enemies.” - Elizabeth Bowen
Jadi, aku sudah tentu tak lagi senyum
MLS : Lepas tu, makcik tu pun kenalkan la dengan anak dia, cerita pasal family dia. Shayang pun cerita pasal family shayang, pastu kitorang gelak-gelak sembang
Aku : Em, Then macam mana dia kenalkan anak dia (80%)
MLS : Dia kenalkan la, anak dia anak tunggal. Belajar pandai. Kerja bagus. Pastu kitorang pun tukar-tukar nombor telefon & facebook
Aku : Haaaaaaaa ape? (95%) Ya Allaaaaahhhh ape ni shayang? Mudahnyaaa? (100%)
Keadaan jadi sunyi sepi selama 30 saat...yang terasa macam 30 hari.
MLS : Ruffeey, janganlah risau...anak dia perempuan la...hehe.
Aku : ...(0.001%)
MLS : Hehe sayang jugak Ruffeey dekat shayang eh. Tapi marah-marah pun lembut je cakap. Tak tengking shayang pun
Aku : ....( 0.00001 %)
“Jealousy, A little can enhance the savor, but too much can spoil the pleasure” - Maya Angelou
Aku tak terkata apa, rasa macam batu atas dada dekat tengah padang pasir...Aku hairan kenapa aku tak pernah tanya jantina anak makcik tu
“It is not love that is blind, but jealousy”- Lawrence Durrell, Justine
MLS : Hehehe...shayang saje je nak gurau-gurau. You jealous, are you?
Aku : (dalam hati)
“Jokes are funny because they are true” – Sigmund Freud
Pfffffffftttttt...
*p/s : yang peratusan tu, korang pandai-pandai la tafsirkan apa dia.