
Selesa
Walau di idam-idam, di ingin-ingin
Andai tercapai rasanya bukan lain
Dunia pasif yang ennui & dorman
Sedang cita & angan tak mampan
Tak ternampak lalu-laluannya
Selesa
Jadi perisai orang biasa yang menjenin
Jadi singgahsana bangsa aku kata orang
Duduk bersilang kaki berulam bual & nikotin
Poket kosong tangan begitu begini
Bercerita kalau itu dan kalau ini
Selesa
Buat orang luar biasa tak tetap bontot
Sengal-sengal sendi andai tak tergerak
Detik terbuang tanpa masuk wang
Jadi dosa besar pada dunia & harapan
Jadi umpan & umpatan lawan
Selesa
Jadi mimpi orang bodoh & malas
Plus ça change, plus c'est la même chose katanya
Dapat tak bersyukur, hilang tak sesal
Mahu tampak epicurean walau proletarian
Mahu berjaya meski duduk diam
Selesa
Jangan jadi kawan & selimut alasan
Harus perang kudrat & saraf
Kalau cemburu kuda orang lagi bergaya
Kalau iri istana orang berpaku emas berdinding kaca
Kalau mengeluh orang berbini & anak bermata bulat
Isytihar perang pada diam & sejuk penghawa dingin
Mesti berpisah dengan kerusi Ikea bernama selesa
Arakian Majd al-‘Arab berpesan
“Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”.
(Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).
aku nak print out entry ni, letak dalam frame, gantung kat dinding.
ReplyDeletedemm..aku teringat singa mama dowh...haha
ReplyDelete