September 4, 2007 •
Entri ini adalah tribute untuk Ustazah Norain yang mungkin berada di Ukraine atau mungkin kini berada di Malaysia…aku tak tahu…tak banyak perkara baik yang aku buat setiap hari…betul…tak reti jugak aku nak bagi tazkirah sedang umat manusia sekarang ni hebat dilanda apa yang dipanggil oleh blogger kegemaran aku
"Evolusi Pemonggetan Manusia"
Tapi ada beberapa insiden dalam hidup aku yang kadang-kadang membuatkan orang yang seperti Gah Sin, amoi Mass Comm 1st year berkata…
"Ruffeey, you are always something when you talk"
Dua tiga hari lepas aku menghadiri kuliah aku seperti biasa…subjek ini adalah subjek umum universiti aku…janji kamu jangan gelak bila aku beritahu kamu tajuk subjek ini…
Pengurusan Masa LOL:b
Masa aku mula-mula daftar subjek ini…sekutu jubah ungu aku pernah tanya…
"Apasal?…masa ko tak terurus ke?"
Ada beberapa sebab aku terus berada dalam kelas ini…
1) Subjek ini senang nak dapat A (kata orang)
2) Kelas ini penuh dengan falsafah disebabkan Dr. Sulaiman adalah seorang doktor perubatan yang juga ada master dalam falsafah (Dr, aku suka bila kamu cerita pasal falsafah kamu dan bini kamu)
3) Aku dah dilantik jadi ketua kelas ini sejak hari pertama…pfffttt
Tatkala nama aku disebut untuk menjadi ketua kelas ini…aku sedang bersembang dengan sekutu sekolej aku, A
Tiba-tiba aku berada di hadapan kelas memperkenalkan diri aku sebagai aku…kepala hotak aku dah ligat berfikir itu ini…maklumlah, aku kan pemikir…imej seorang ketua kelas zaman sekolah rendah lalu dalam minda pasca-sedar aku ketika itu…
Tali leher pendek bergetah yang dah tersedia diikat
Baju putih lengan pendek yang sentiasa bergosok…oh ya dan side yang tajam
Rambut bertonik dengan fesyen rambut belah tepi
Bekas air Transformers warna biru muda dengan tali yang panjang disangkut ke bahu
"Boleh tak ruffeey?" pertanyaan Doktor memecahkan belon-belon igauan ngeri aku
"Errr..emmm Insyaallah" ha tengok…assalamualaikum tak jawapan aku…aku pasti tatkala aku jawab seperti itu…kakak-kakak veteran cikgu cikgi yang duduk di barisan hadapan tu meliur mahu jadikan aku menantu mereka
Disebabkan dari hari itu aku sudah (selayaknya) menjadi ketua kelas…semua orang Melayu, Cina, India, Bumipiutera, Racist, Anarkis dalam kelas itu kenal aku…maunya tak…tanpa aku kamu semua memang cukup pemalas mahu hidupkan LCD dan fotostat apa-apa yang patut…
Kali terakhir aku ditegur tanpa aku kenal si penegur ialah tatkala aku rilek-rilek duduk makan roti telur di maple…
"Hey ruffeey" sambil menepuk-nepuk bahu aku
"Ey..err..emmm" aku jawab sambil tersenyum
"Saya classmate pengurusan masa la" (mungkin sebab Cina ni sedar aku tak kenal dia)
"Ohh you…apa buat sini?…keluar dengan amoi ka?" aku bertanya dengan mood masyarakat madani
Selepas aku habis kelas ini dua hari lepas…macam biasa sebagai seorang ketua kelas yang sudah semestinya layak dapat A…aku pergi jumpa doktor…sembang itu ini…jadi aku keluar lambat dari kelas…ya lah…ketua…aku harus pastikan semua orang keluar dari kelas dengan selamat, barulah aku boleh keluar kelas dengan hati tenang LOL:b
Hujan lebat di luar…aku nampak Gah Sin, amoi Mass Comm 1st year yang funky…aku kata dia funky sebab dia pakai pewarna kuku warna hitam dan pakai seluar jeans Replay ke kelas…Replay tau…Replay!!!
Dia nampak seperti kecewa dengan hujan yang turun sebab setahu aku dia ni memang ke kelas naik bas
Aku : Gah Sin…tak balik lagi?
GS : Ya lor…it’s raining!!! I hate dis
Aku : Why? (aku tukar lingua-franca supaya dia senang dengan aku)
GS : Ya lor…it’s always bring a problem for me…can’t go to my class…wet my dress…spoil my shoes…n spoil my mood as well (sambil mengerling mata gaya Gadis Ampang bila berkata "Wutever"
Aku : Class is important to you?
GS : Ya lor…my lecturer…She didn’t want to hear our excuses of being absent
Aku : Your shoes and dress are important for you right?
GS : Hmm (sambil mengangguk)…You cannot go back as well right Ruffeey?
Aku : Ya…i came by motor
GS : It doesnt affect yoour mood?
Aku : Nope…You want to know why?
GS : Why?
Aku : (Aku berdiri sambil tersenyum) Because I believe in real life, rain is more important than class, shoes or dress and even my mood…Far more important
GS : Ruffeey, you are always something when you talk
Aku : Indeed I am (aku senyum sambil jalan menuju ke cafe no 1 yang ada jual goreng pisang)
Aku meninggalkan amoi untuk bagi masa dia fikir yang Islam itu indah Islam itu bukan terrorist Islam itu bukan kahwin 4 sahaja LOL:b
Aku rilek-rilek duduk makan goreng pisang cicah dengan sambal kicap cili padi..memang best betul hujan-hujan ni…kalau amoi tu ada depan aku…aku akan tanya lagi..
"Who said rain spoil my mood?" sambil kunyah goreng pisang…pffffttt
No comments:
Post a Comment