
TENGKOLOK BUDI MELAYU
September 6, 2007
Petang tadi aku bosan-bosan lepak kat depan peti televisyen di sanctuary…entah kenapa aku semacam terdengar suara abang jual pisang goreng kat selekoh tu memanggil-manggil nama aku…
Aku capai beg duit aku…mahu penuhi keinginan perut nihilis ini…dengan barang seringgit dua pisang goreng tepung
Sebelum sempat aku memberhentikan enjin motosikal…abang pisang goreng dah senyum menyambut kedatangan aku…*fikir-fikir*…agaknya betul dia ada panggil nama aku tadi..LOL:b
Tanya dia?…gila kamu…nanti dia ingat aku bukan nak beli pisang goreng…aku nak beli hati dia..pffftt
Aku beli pisang goreng seringgit…keluarkan not warna biru…aku pegang sebelah gambar Tunku…dia pegang sebelah bertatah BANK NEGARA MALAYSIA..
"Terima kasih bang…jual bang ya" kata abang goreng pisang
"Em beli" aku jawab
Aku tersenyum…itulah budi pekerti orang melayu
Aku bangga masih ramai yang amalkannya…Aku bangga jadi anak melayu…budi pekerti melayu…kalau kamu bukan melayu (atau sudah tidak berapa nak melayu)…sukar sebenarnya kamu nak amalkan apa yang abang goreng pisang ni buat…
Tidak…aku bukan racist...aku faham yang pembaca RUFFIAN ni terdiri dari berbilang bangsa, demografi tempat tinggal, pelbagai warna kulit, fesyen rambut dan jenama rokok yang dihisap…aku hanya mahu tekankan di sini yang memang susah kamu nak amalkan budi pekerti bangsa lain jika kita bukan bangsa itu…
Ia samalah seperti orang melayu yang cuba makan pakai chopstick…kalau dah memang tak pandai tu..sampai melecet celah jari pun belum tentu dapat makan…pffftt
Sebab itu aku namakan entri ini TENGKOLOK BUDI MELAYU…kamu pernah dengar teori Tujuh Topi De Bono yang di cipta oleh Edward De Bono…tentang personaliti berbeza setiap orang yang tujuh…topi mana kamu pakai menentukan kamu personaliti yang mana..
Macam itulah juga konsep TENGKOLOK BUDI MELAYU ni…cuma bezanya aku tukarkan topi dengan tengkolok…sebab orang melayu tak pakai topi…bila aku kata melayu…aku maksudkan melayu melayu…bukan melayu ‘ampang’…bukan melayu MTV…bukan…melayu MTV memang pakai topi…lepas tu ada tulis NY kan depan…macam lah dia pernah sampai New York tu…Ulu Tembeling pun belum tentu pernah pergi…pffttt
Banyak lagi contoh TENGKOLOK BUDI MELAYU yang kadang-kadang orang melayu sendiri pun tidak atau tidak biasa amalkannya…contohnya tahun lepas aku meniaga Buah Naga dengan dua sekutu Wilayah SB aku di tepi jalan…sekonyong-konyong seorang pakcik mengayuh basikal dan lalu depan gerai segera kami…
"Banyak jual hari ni nak?" tanya pakcik tu
"Banyak…banyak" jawab Cece sekutu aku sambil tersenyum
Sekonyong-konyong jugak sekutu aku yang lagi seorang tegur dia…
"Eh ape la ko ni Ce…bukan macam tu jawabnya…lain kali ko kena jawab bolehla tahan pakcik…atau ada la sikit"
Ini salah satu contoh TENGKOLOK BUDI MELAYU…kadang-kadang sesetengah soalan orang melayu atau perlakuan orang melayu sudah ada template jawapannya…atau soalannya..contoh soalan
Seorang pakcik sedang bercucuk tanam…datang seorang pakcik lain
"Buat apa tu Mat?"
Sedang si bertanye sudah pun sedia tahu apa yang pakcik Mat buat…bukan dia buta…bukan tertinggal kanta lekap kat rumah…tapi dek kerana TENGKOLOK BUDI MELAYU…dia harus bertanya atau memulakan perbualan seperti itu…
Ada segala macam lagi yang kita mesti tahu tentang TENGKOLOK BUDI MELAYU…dan bagaimana menggunakannya…dan yang penting samada kamu amalkan…atau tidak
Jangan sibuk mahu fikir yang besar-besar…mahu jadikan melayu itu…melayu ini…melayu boleh itu…melayu boleh ini…buat blog Melayu Boleh yang ada gambar-gambar gadis melayu melunrkan iman...errrr ok tu cerita lain...kita fikirkan yang mudah ini dulu…
Lain kali bila kamu beli sesuatu atau jual sesuatu…kamu amalkan TENGKOLOK BUDI MELAYU…jangan kamu beli perempuan atau air kencing syaitan atau nombor ekor kamu cakap kat tauke tu
"Saya beli ye tauke"
itu salah tempat assalamualaikum kamu…pffftt
Itu bukan TENGKOLOK BUDI MELAYU…itu tengkoghak kamu…pffftt
mmg best baca ruffey~
ReplyDelete