Saturday, November 13, 2010

TEA & COFFEE


Mesej teks dihantar pada M

Aku : Kat kampong ke yob?

M : No, tengah sidai baju kat KL

Aku : Untung sape kawen dengan kawan aku ni. Around 6 i’ll be at your area. Tea for 2?

M : Can i have coffee?

Aku : Coffee for nihilist with a lots of plan in head

M : Tea for person in pain & a lots of depression

Aku : U got me...darn

M : Hehehe. See u at 6

Damn it, M can read me well

KREATIVITI ITU SUBJEKTIF


Perbualan hingga ke azan Subuh dengan seorang individu penting membawa kepada judgement of how am i now.

Aku : Entahla bro, aku rasa bila hidup dah terjerumus dalam Rat Race ni, kreativiti aku semakin berkurangan...

Felo : Berkurangan macam mana?

Aku : Merosot...tak macam the proletarian period dalam hidup aku masa final sem dulu...a lot of ideas every day, i woke up every morning with 100 entries, script ideas, imagination of stage performance, i even sometimes feel like i met with the artsy-wartsy people i adore in my every dreams...& no, it’s not a wet dream.*sigh*

Felo : Dunia kita sekarang dah lain bro, bukan kreativiti merosot....tapi kau kena halakan kreativiti ko pada survival, people are walking faster than you because they are doing that

Aku : (dalam hati) aaaaa

Mungkin dia benar, kali ini. Aku sudah tidak mampu memanjakan diri dengan angan-angan membuat stage performance se (lebih ) hebat dari Puteri Gunung Ledang the musical, aku sudah tidak boleh melayari Kaki Seni mencari persembahan & acara substansial untuk aku kunjungi..ooh ya itu sebab Kaki Seni sudah tiada. Itu bukan focus pandangan aku (sepatutnya) pada masa ini.

Haa atau mungkin aku perlu mengisi kolum asset terlebih dulu, dan seterusnya bila ia berjaya membuat aku mampu, ketika aku kreativiti dating dengan sendiri, watak-watak artsy-wartsy akan kembali menziarahi dalam tidur, pagi akan dimulakan dengan senyum & angan-angan berpegangan tangan & memberikan ‘bow’ sesudah persembahan di Istana Budaya...atau Albert Hall..ketika itu Tiara Jacq duduk di sudut paling hujung makan hati...

Jacq : Darling, kita mesti buat satu lagi show & kalahkan budak hingusan tu!!!!

(sambil menghentakkan kaki dengan designer shoes & mencampak bag Gucci)

Dato’ : Ye sayang. Nanti I cari mat saleh lain untuk berlakon dengan you ok?

Aku : Errr dato’ saya bukan orang putih tapi tok bah saya keturunan Bugis, can i? Can? Yes ? no?

Jacq & Dato’ sekonyong-konyong menoleh ke arah aku di celah mereka berdua & harta



Tiiiiiiiit tiiiiiiiit tiiiiiiiiiit tiiiiiiiiit tiiiiiiiiiit tiiiiiiiiiit tiiiiiiiiiiiit

Alarm berbunyi, azan subuh bergema di masjid berpenghawa dingin atas bukit.

Fewwwh....mimpi rupanya

Tuesday, November 9, 2010

SATU MASA DULU (8)


GAH SIN RAIN

September 4, 2007 •

Entri ini adalah tribute untuk Ustazah Norain yang mungkin berada di Ukraine atau mungkin kini berada di Malaysia…aku tak tahu…tak banyak perkara baik yang aku buat setiap hari…betul…tak reti jugak aku nak bagi tazkirah sedang umat manusia sekarang ni hebat dilanda apa yang dipanggil oleh blogger kegemaran aku

"Evolusi Pemonggetan Manusia"

Tapi ada beberapa insiden dalam hidup aku yang kadang-kadang membuatkan orang yang seperti Gah Sin, amoi Mass Comm 1st year berkata…

"Ruffeey, you are always something when you talk"

Dua tiga hari lepas aku menghadiri kuliah aku seperti biasa…subjek ini adalah subjek umum universiti aku…janji kamu jangan gelak bila aku beritahu kamu tajuk subjek ini…

Pengurusan Masa LOL:b

Masa aku mula-mula daftar subjek ini…sekutu jubah ungu aku pernah tanya…

"Apasal?…masa ko tak terurus ke?"

Ada beberapa sebab aku terus berada dalam kelas ini…

1) Subjek ini senang nak dapat A (kata orang)
2) Kelas ini penuh dengan falsafah disebabkan Dr. Sulaiman adalah seorang doktor perubatan yang juga ada master dalam falsafah (Dr, aku suka bila kamu cerita pasal falsafah kamu dan bini kamu)
3) Aku dah dilantik jadi ketua kelas ini sejak hari pertama…pfffttt

Tatkala nama aku disebut untuk menjadi ketua kelas ini…aku sedang bersembang dengan sekutu sekolej aku, A

Tiba-tiba aku berada di hadapan kelas memperkenalkan diri aku sebagai aku…kepala hotak aku dah ligat berfikir itu ini…maklumlah, aku kan pemikir…imej seorang ketua kelas zaman sekolah rendah lalu dalam minda pasca-sedar aku ketika itu…

Tali leher pendek bergetah yang dah tersedia diikat

Baju putih lengan pendek yang sentiasa bergosok…oh ya dan side yang tajam

Rambut bertonik dengan fesyen rambut belah tepi

Bekas air Transformers warna biru muda dengan tali yang panjang disangkut ke bahu

"Boleh tak ruffeey?" pertanyaan Doktor memecahkan belon-belon igauan ngeri aku

"Errr..emmm Insyaallah" ha tengok…assalamualaikum tak jawapan aku…aku pasti tatkala aku jawab seperti itu…kakak-kakak veteran cikgu cikgi yang duduk di barisan hadapan tu meliur mahu jadikan aku menantu mereka

Disebabkan dari hari itu aku sudah (selayaknya) menjadi ketua kelas…semua orang Melayu, Cina, India, Bumipiutera, Racist, Anarkis dalam kelas itu kenal aku…maunya tak…tanpa aku kamu semua memang cukup pemalas mahu hidupkan LCD dan fotostat apa-apa yang patut…

Kali terakhir aku ditegur tanpa aku kenal si penegur ialah tatkala aku rilek-rilek duduk makan roti telur di maple…

"Hey ruffeey" sambil menepuk-nepuk bahu aku

"Ey..err..emmm" aku jawab sambil tersenyum

"Saya classmate pengurusan masa la" (mungkin sebab Cina ni sedar aku tak kenal dia)

"Ohh you…apa buat sini?…keluar dengan amoi ka?" aku bertanya dengan mood masyarakat madani

Selepas aku habis kelas ini dua hari lepas…macam biasa sebagai seorang ketua kelas yang sudah semestinya layak dapat A…aku pergi jumpa doktor…sembang itu ini…jadi aku keluar lambat dari kelas…ya lah…ketua…aku harus pastikan semua orang keluar dari kelas dengan selamat, barulah aku boleh keluar kelas dengan hati tenang LOL:b

Hujan lebat di luar…aku nampak Gah Sin, amoi Mass Comm 1st year yang funky…aku kata dia funky sebab dia pakai pewarna kuku warna hitam dan pakai seluar jeans Replay ke kelas…Replay tau…Replay!!!

Dia nampak seperti kecewa dengan hujan yang turun sebab setahu aku dia ni memang ke kelas naik bas

Aku : Gah Sin…tak balik lagi?

GS : Ya lor…it’s raining!!! I hate dis

Aku : Why? (aku tukar lingua-franca supaya dia senang dengan aku)

GS : Ya lor…it’s always bring a problem for me…can’t go to my class…wet my dress…spoil my shoes…n spoil my mood as well (sambil mengerling mata gaya Gadis Ampang bila berkata "Wutever"

Aku : Class is important to you?

GS : Ya lor…my lecturer…She didn’t want to hear our excuses of being absent

Aku : Your shoes and dress are important for you right?

GS : Hmm (sambil mengangguk)…You cannot go back as well right Ruffeey?

Aku : Ya…i came by motor

GS : It doesnt affect yoour mood?

Aku : Nope…You want to know why?

GS : Why?

Aku : (Aku berdiri sambil tersenyum) Because I believe in real life, rain is more important than class, shoes or dress and even my mood…Far more important

GS : Ruffeey, you are always something when you talk

Aku : Indeed I am (aku senyum sambil jalan menuju ke cafe no 1 yang ada jual goreng pisang)

Aku meninggalkan amoi untuk bagi masa dia fikir yang Islam itu indah Islam itu bukan terrorist Islam itu bukan kahwin 4 sahaja LOL:b

Aku rilek-rilek duduk makan goreng pisang cicah dengan sambal kicap cili padi..memang best betul hujan-hujan ni…kalau amoi tu ada depan aku…aku akan tanya lagi..

"Who said rain spoil my mood?" sambil kunyah goreng pisang…pffffttt

Wednesday, November 3, 2010

TABLE FOR 2 & THE FUTURE


Satu pertemuan teratur & tertakdir dari satu panggilan telefon...

Akak perancang kekayaan : Hi assalamualaikum, I’m Liza from bla bla bla....

Aku jenguk kubikel di hadapan aku, sebab rakan sekerja aku yang duduk di hadapan aku juga bernama Liza...

(dalam hati) “Ape neraka duduk depan aku pun nak call pakai hp?”

Liza pandang aku...dahi berkerut...tangan sedang menaip & mengemudi tetikus dengan mahir..

Liza : Apa? (dengan nada lantang)

Seraya membetul-betulkan rambut & letak bahu baju kurungya...biasalah Kaum Hawa memang tak boleh dipandang lebih dari 2 setengah saat, itu boleh mewujudkan perasaan kurang selamat pada mereka...lebih-lebih lagi dengan arus dunia pongget sekarang ni

Aku gelengkan kepala sebagai isyarat yang diterjemah

“Takde apa. Lupakan. By the way, lawa rambut. Buat rawatan spa rambut ke?”

Aku menyambung sapaan dari telefon...

Akak Perancang Kekayaan : So, are you interested to listen to my presentation, Mr. Ruffeey?

Aku : Sorry, listen to what?

Keesokannya, aku duduk di meja bulat dengan Akak Perancang Kekayaan.

Akak Perancang Kekayaan : This is my card. Can i have yours?

Kad namanya tertera Wealth Planner...hence, the nickname

Akak Perancang Kekayaan : Wow...nice name. Macam nama fashion designer. By the way, you’re so young & handsome. Different from what I imagined

Wooaaaa...2 pujian yang sangat jarang aku terima. Nama yang cantik & kelihatan muda...from that, I know that I’m going to have serious deal with this woman.

Kali terakhir orang komen nama aku ialah Cikgu Kajian Tempatan...Cikgu Ashaari...dah selamat ke rahmatullah dah pun

Cikgu Ashaari : Wah nama awak...macam penyanyi Hindustan...yengge yengge porengge... he he he...ge ge

(seraya menyanyikan sedikit bait dari lagu Hindustan)...ya dan disambut dengan hilai tawa seantero rakan sekelas

Aku : What the fish??

Cikgu Ashaari : kamu tahu tak penyanyi tu? Kamu tengok cerita Hidustan?

Kelas masih lagi dihias hilai tawa pada paras bunyi yang menyakitkan telinga & hati

Aku : Saya tak tengok cerita Hindustan, Tok Wan saya kata tak baik tengok cerita Hindustan, sebab banyak tunjuk pusat perempuan...berdosa...masuk neraka

Kelas yang tadi riuh sekonyong-konyong senyap & insaf. Cikgu Ashaari mengubah tajuk

Cikgu Ashaari : Ok, semua buka muka surat 648...

Hah baru kau orang tau betapa assalamualaikum nya aku...& Tok Wan aku...Tok Wan aku paling pantang cucu berderet depan tv tengok Hindustan...

Aku : (dalam hati) heh terdiam tu..terasa cam ahli neraka lah tu

Dan ya...kelihatan muda juga tak sinonim dengan aku...aku selalu disalaherti sebagai anak sulung & abang aku sebagai anak kedua...entah kenapa.

Setelah 1 jam berbual, merancang & bertukar akal fikiran..we came to an end

Akak Perancang Kekayaan : Wow...I’ve to rephrase my impression...You’re not just young, you’re so smart & ambitious. People should invest in your planning...your vision is not a 25 years old’s vision. You’re so matured when you talk...& 6 years with the same woman. It’s hard to find such a fine guy with this quality nowadays...I give up...If people like you own a sufficient money to execute your plan.........bank is your second home.

Sambil menghirup kopi & bersandar & mengeleng kepala...

Aku??? Still cannot hold my asshole together...this woman pouring me with compliments more than a human bening can give...

I know that I’m good? ....but that good?...no idea...maybe I should believe I am

Akak Perancang Kekayaan : Ok Ruffeey, until we see again. I’ll work out the best quotation for you.

Kami berjalan ke arah bertentangan sambil aku ligat berfikir...Am I???

I wish I could have more cash...pffftt