RUFFIAN 2.0
updated
Monday, July 9, 2012
Ruffsee Ruffsay
Watak : Talib
Teguran Dari Tuhan
Tuesday, June 19, 2012
Miss en scene, Ketuhanan & Dogma
Monday, April 2, 2012
APA TANDA BIJAK?
" I talk in English so that I could sounded educated"?
Pernah terfikir kenapa orang di negara ini tak menunggu orang keluar terlebih dahulu dari tren sebelum masuk ke dalam tren?
Pernah risau tentang pembinaan loji pelupusan nadir bumi sedang apa yang ada tak terselenggara?
Pernah lihat orang campak sampah dari dalam kereta ke jalan raya?
Pernah tonton ulasan pemimpin dalam TV tentang apa sahaja isu?
Pernah dengar negara dunia pertama & ketiga?
Jika kita canggung tentang itu semua, cuba lihat yang ini
Wednesday, March 14, 2012
SIRI PELAKON PENTAS : INTRO

Watak,
Tanpa ia pentas hidup apalah makna,
Tanpa ia manakan bernyawa dunia seisinya,
Tanpa ia mana ukur nilai sekeping jiwa,
Tanpa ia lumpuh jalan cerita.
Watak,
Aku rasa begini orang kata aku begitu,
Dinilai kita permata orang kata batu,
Yang jahat tak tentu lagi mati lesu,
Yang baik tak tentu berakhir sebuat Yang Satu.
Watak,
Ke laut & ke darat,
Ke lembah & ke hutan,
Ke hiruk pasar & ke hening mimbar,
Pelbagai cerita rahsia & terbongkar.
Watak,
Yang layak menilai hanya Tuhan,
Melihat dalam cahaya & gelap seorang,
Mengintai yang zahir & yang terdetik,
Mana yang aku nampak itulah kisah,
Dengan mata buntang atau mata iman...
Ruffian, cerita boleh lahir dari satu watak. Meski kita tak pernah bercerita depan muka, tapi datangkan aku satu watak, selalu telahan kita tentang apa dan siapa pelakon jasad & jiwa.
Atas penilaian untuk bacaan, perbandingan & pengajaran, dipandu Gonzo, buah tangan terbaru Ruffian...
"Siri Pelakon Pentas"
Tuesday, March 13, 2012
HILANG DALAM PERALIHAN

Bukan sedikit Ruffian yang tak jemu bertanya samada secara lisan langsung, sindiran sinis, mesej Mukabuku, pesanan ringkas & kirim salam & soalan pada orang lain.
“Bila nak update Ruffian ni bang?” – Jantan pemantun adik-adik
“Lu sibuk sangat ke sampai berhabuk Ruffian ni aku nengok” – Kawan lama di perantauan
“Ko dah ade blog lain ke? Terapi lain perhaps?” – Sekutu alma matter
Dan yang paling buat aku rasa bersalah
“Dulu kepala kusut, boleh jugak layan internet baca Ruffian. Sekarang dah takde” – Anonymous setia
Yang ni aku dapat sesudah bangun dari tidur.
Bila difikir-fikir....Aku hanya sedar siapa pembaca Ruffian bila aku berhenti menulis.
.
.
.
Untuk soalan-soalan di atas & semua soalan yang berbaur serupa.
Aku ada di sini. Cuma bilamana kamu harapkan cerita hidup yang lalu ada dalam Ruffian, yang itu aku tak dapat janji.
Sebab dunia aku sekarang memang lain dari semasa Ruffian mula dulu...
Dulu, aku mohon hidup berdrama, supaya dapat belajar & menulis dengan lancar
Sekarang, drama is understatement untuk terjemah hidup aku.
Bukan tak rindu zaman-zaman menulis jadi makanan & nikotin & daun-daun jadi ulam cuma itu masa lampau...masa lampau yang mengajar banyak perkara.
“I hate to see it goes, but I love to see it leaves”
.
.
.
Terapi ini tetap relevan, tapi kontennya mungkin berbeza...
Kalau diikutkan, memang banyak dalam kepala nak dirembes tapi...
Segalanya lancar menjadi cerita hidup dalam kepala...sebab itu bila ada sekutu yang berani bertanya
“Sebenarnya apa yang kau fikir? Cuba kau cerita pada aku. Mana tau aku dapat tolong”
Pada mereka aku senyum. Sekali sekala aku ucapkan terima kasih atas tawaran. Itu pun dah cukup buat aku gembira. Tapi aku bukan bodoh & sombong atau bodoh sombong. Cuma apa yang ada dalam benak fikiran aku tak tercapai oleh akal kamu. Sekali fikiran aku tertancap pada sesuatu, ia boleh pergi jauh merentas logic. Aku takut nanti kamu kena strok atau kemurungan melampau atau bipolar tahap 8 selepas dengar apa yang ada dalam kepala aku.
Sebab aku sayang kawan-kawan aku. Aku katakan
“It’s ok my friend.....it’s ok”
Sebab aku sayang terapi ini & Ruffian seisinya. Aku katakan
“I’m still here but I dissapear...see you in another world”
Bila aku baca semula entri ni dari atas....macam gampang pun ada!


