Thursday, August 19, 2010

Satu Masa Dulu (1)

12

Aku sedang diam di satu sudut dalam Kinokuniya di menara berkembar kebanggan negara Boleh-land…menyerap segala dapatan ilmu separa formal dari sebuah buku yang telah lama aku kepingin baca…I Am Muslim oleh Dina Zaman

Buku yang pada aku memampatkan garapan selfish seorang wanita muslim yang sedang cuba faham agamanya dari sudut keimanan rabbubiyah dan uluhiah…mencari logik dalam jawapan keagamaan…mencerap amalan dan budaya muslim setempat dan membandingkan dengan amalan dirinya dan komuniti muslim di negara Boleh-land…lucu…sarkastik…berisi

Aku mengambil kesempatan ini melarikan diri dari ajakan seorang sekutu Wilayah SB yang mahu aku turut serta menonton wayang gambar bersama klien gym nya…

"Tak jadi workout hari ni…jom kita tengok movie" ajak Sarul bersungguh

"Takpela…kau pergi dengan Lan…aku nak pergi baca buku" jawab aku sopan & perlahan

Lan, seorang jurutera lelaki melayu yang berpenampilan sederhana hadir hari itu dengan jaket coklat susu Dockers…jam tangan Tag Heuer…cermin mata sebagai simbol seorang terpelajar dan rambut bersikat rapi…klien gym sekutu aku, Sarul…menentang graviti pertumbuhan lemak dalam badan serupa BigShow nya sejak beberapa bulan yang lalu dengan gigih menitiskan peluh di bawah bimbingan Sarul…tapi selepas itu tak pernah ketinggalan melantak sepinggan spagheti…pfffttt

Dalam keasyikan membaca…teks masuk ke dalam telefon tangan aku…

"Bro, aku tahu sedikit sebanyak diri kamu bila aku baca RUFFIAN…kamu nampak macam cool"

"Tak semua benda ada dalam tulisan…sebab tu Al-quran jadi mukjizat" balas aku jujur

"Betul…mane belajar menulis?" tanya lagi

Brader yang seorang ni bukan orang yang pertama bertanyakan soalan seperti ini…dan setiap kali itu juga jawapan aku tak lari dari mengatakan…penulisan aku adalah apa yang aku rasa dan lihat…emosi yang ada dalam benak sanubari nihilis aku…aku persetankan format perenggan, pendahuluan dan sebagainya…

Aku layari bahtera perasaan dan emosi…terjemahkan dengan kletak kletuk papan kekunci berhabuk aku di sanctuary dan kadang-kadang di pusat-pusat internet berbayar…

RUFFIAN adalah terapi penulisan…bilamana aku dapat zahirkan perasaan melalui tulisan…aku puas…puas aku…bilamana aku bace komen-komen kamu…aku senyum…aku berterima kasih dalam hati…kalau gadis yang memberi komen, aku akan seboleh-bolehnya membayangkan dia adalah wanita comel…walaupun hakikatnya aku sendiri tak pernah kenal…bilamana MLS yang mengulas entri aku…aku tersipu-sipu malu *wink wink*

Aku menulis mengikut drama dan peristiwa hidup…dibantu oleh sedikit rencah emosi, metafora, unsur-unsur fiksyen dan dipandu oleh fakta yang pastinya…dan penulisan ini dipanggil Penulisan Gonzo

Gonzo secara harfiah difahami sebagai slanga Boston Utara orang-orang Ireland dengan maksud ‘last man standing after drinking marathon‘…mungkin bila orang yang paling bertahan lama dalam acara lumba minum bercerita…cerita dia akan lebih kurang seperti entri-entri dalam RUFFIAN…mungkin…fahaman lain mengatakan Gonzo berasal dari KanadaGonzeaux‘ membawa maksud ‘jalan bercahaya’

Penulisan Gonzo merupakan satu cara tulis subjektif, selalunya memasukkan penulis sebagai watak penting dalam cerita…fakta akan ditulis dengan mood fiksyen untuk memeberi penekanan pada aspek utama penulisan…dipopularkan oleh Hunter S.Thompson (1970), seorang wartawan dan kolumnis…selalu mengatakan tulisan fiksyen adalah fakta terbaik dan paling menarik…
Ttt

Jadi secara tak langsung aku mengketengahkan fakta dalam RUFFIAN tetapi dalam mood fiksyen supaya ia dapat menjadi terapi terbaik untuk jiwa nihilis aku…supaya aku boleh senyum dan tertawakan aku dalam diam…gembira dengan penulisan yang aku sendiri hasilkan tentang aku…tentang set sosial aku…tentang tentang


Oh ya…dan bilamana kamu asyik membaca RUFFIAN…senyum & ketawa…aku doakan kamu semua tidak sekadar senyum & ketawa

"Logical readers read what they want…Believers see beyond meaning"
-Mas Erno, petugas Nur Syifa’, Indonesia

:-petikan dari I Am Muslim, Dina Zaman

No comments:

Post a Comment