Tuesday, August 24, 2010

FREE MAKES PEOPLE GREEDY


Tempoh hari, majikan Syarikat Garuda aku menawarkan Makan Percuma untuk orang-orang nya.

"You're free to choose where do you guys wish to makan together...perhaps Berbuka together"

The key word is 'free'...free to choose place for free food


Orang-orang yang berkulit sawo matang memang paling sensitif dengan perkataan ini,


Free...as joyous as we pronounce it

Tak hairanlah kalau kita sibuk mencari sebab untuk mengadakan kenduri (makan-makan), Kahwin bagi makan, Mati bagi makan, 10 hari mati bagi makan, 100 hari mati bagi makan, dapat anak bagi makan, cukur kepala anak bagi makan, anak dapat 3A dari 9 subjek bagi makan, kucing beranak bagi makan, kucing mati errr...ok you get the picture of how critical is the situation...pffffttt

Dan disebabkan sensitiviti perkataan free ni, macam-macam orang lah yang nak jadi macam-macam


"Kalau makan kat situ sedap ke?"yang macam tapir sibuk menghulur muncung je

"Alah setakat bagi seciput boleh makan dekat mane je" yang macam badak, suka merengus...diri sendiri dalam lumpur

"Aku tak kisah mana-mana pun asalkan free" yang macam lalang, kiri ke kanan ikut orang


"Hah kat situ?" yang macam lalat, berdegung tanpa keputusan mahupun cadangan

"Makan free adalah satu agenda yang seakan-akan mempengaruhi separuh dari hidup mereka, kalau tak kena tempat makan ni nanti, habislah keturunan aku dapat susur galur yang makan di tempat yang tak sedap"...pffftt

"Kalau tempat makan tu tak sedap nanti, habislah makanan tu jadi sperma yang cacat, nanti kromosom aku tak cukup kaki, anak aku nanti keluar tak cukup sifat"...pffftt

Kalau aku pergi makan kat hotel, bini aku mesti nak ikut, tambah duet, anak aku mesti nak bawak sekali, tambah lagi duet... kalau aku senyap-senyap tak bawak bini, boleh aku simpan duet jadi jutawan"...pfffffffffffffffttttt

Kadang-kadang bila manusia tiada masalah yang lagi besar dalam hidup mereka, they tend to settle the tiny problem big way..so that when they can solve it with the (they think) best way...mereka rasa lega mereka bijak

Sebagai seorang nihilis berhati bunga, aku selesaikan dengan kasih sayang

"Ruffeey, do you think I should wear green working suite or pink kebaya"
"Wear whatever, you'll however look sexy" aku jawab


**dalam hati*** "the less the better for me * wink-wink*


"You had fun shayang?"


"Yeah of course, I'm full"


"You happy?"


"Happy....burrrppp"

"Do you..."

"I looooveee you sayang"


Ngeeeeeeeeeeee....& the night went on...very well...burrrrpp

Thursday, August 19, 2010

Satu Masa Dulu (1)

12

Aku sedang diam di satu sudut dalam Kinokuniya di menara berkembar kebanggan negara Boleh-land…menyerap segala dapatan ilmu separa formal dari sebuah buku yang telah lama aku kepingin baca…I Am Muslim oleh Dina Zaman

Buku yang pada aku memampatkan garapan selfish seorang wanita muslim yang sedang cuba faham agamanya dari sudut keimanan rabbubiyah dan uluhiah…mencari logik dalam jawapan keagamaan…mencerap amalan dan budaya muslim setempat dan membandingkan dengan amalan dirinya dan komuniti muslim di negara Boleh-land…lucu…sarkastik…berisi

Aku mengambil kesempatan ini melarikan diri dari ajakan seorang sekutu Wilayah SB yang mahu aku turut serta menonton wayang gambar bersama klien gym nya…

"Tak jadi workout hari ni…jom kita tengok movie" ajak Sarul bersungguh

"Takpela…kau pergi dengan Lan…aku nak pergi baca buku" jawab aku sopan & perlahan

Lan, seorang jurutera lelaki melayu yang berpenampilan sederhana hadir hari itu dengan jaket coklat susu Dockers…jam tangan Tag Heuer…cermin mata sebagai simbol seorang terpelajar dan rambut bersikat rapi…klien gym sekutu aku, Sarul…menentang graviti pertumbuhan lemak dalam badan serupa BigShow nya sejak beberapa bulan yang lalu dengan gigih menitiskan peluh di bawah bimbingan Sarul…tapi selepas itu tak pernah ketinggalan melantak sepinggan spagheti…pfffttt

Dalam keasyikan membaca…teks masuk ke dalam telefon tangan aku…

"Bro, aku tahu sedikit sebanyak diri kamu bila aku baca RUFFIAN…kamu nampak macam cool"

"Tak semua benda ada dalam tulisan…sebab tu Al-quran jadi mukjizat" balas aku jujur

"Betul…mane belajar menulis?" tanya lagi

Brader yang seorang ni bukan orang yang pertama bertanyakan soalan seperti ini…dan setiap kali itu juga jawapan aku tak lari dari mengatakan…penulisan aku adalah apa yang aku rasa dan lihat…emosi yang ada dalam benak sanubari nihilis aku…aku persetankan format perenggan, pendahuluan dan sebagainya…

Aku layari bahtera perasaan dan emosi…terjemahkan dengan kletak kletuk papan kekunci berhabuk aku di sanctuary dan kadang-kadang di pusat-pusat internet berbayar…

RUFFIAN adalah terapi penulisan…bilamana aku dapat zahirkan perasaan melalui tulisan…aku puas…puas aku…bilamana aku bace komen-komen kamu…aku senyum…aku berterima kasih dalam hati…kalau gadis yang memberi komen, aku akan seboleh-bolehnya membayangkan dia adalah wanita comel…walaupun hakikatnya aku sendiri tak pernah kenal…bilamana MLS yang mengulas entri aku…aku tersipu-sipu malu *wink wink*

Aku menulis mengikut drama dan peristiwa hidup…dibantu oleh sedikit rencah emosi, metafora, unsur-unsur fiksyen dan dipandu oleh fakta yang pastinya…dan penulisan ini dipanggil Penulisan Gonzo

Gonzo secara harfiah difahami sebagai slanga Boston Utara orang-orang Ireland dengan maksud ‘last man standing after drinking marathon‘…mungkin bila orang yang paling bertahan lama dalam acara lumba minum bercerita…cerita dia akan lebih kurang seperti entri-entri dalam RUFFIAN…mungkin…fahaman lain mengatakan Gonzo berasal dari KanadaGonzeaux‘ membawa maksud ‘jalan bercahaya’

Penulisan Gonzo merupakan satu cara tulis subjektif, selalunya memasukkan penulis sebagai watak penting dalam cerita…fakta akan ditulis dengan mood fiksyen untuk memeberi penekanan pada aspek utama penulisan…dipopularkan oleh Hunter S.Thompson (1970), seorang wartawan dan kolumnis…selalu mengatakan tulisan fiksyen adalah fakta terbaik dan paling menarik…
Ttt

Jadi secara tak langsung aku mengketengahkan fakta dalam RUFFIAN tetapi dalam mood fiksyen supaya ia dapat menjadi terapi terbaik untuk jiwa nihilis aku…supaya aku boleh senyum dan tertawakan aku dalam diam…gembira dengan penulisan yang aku sendiri hasilkan tentang aku…tentang set sosial aku…tentang tentang


Oh ya…dan bilamana kamu asyik membaca RUFFIAN…senyum & ketawa…aku doakan kamu semua tidak sekadar senyum & ketawa

"Logical readers read what they want…Believers see beyond meaning"
-Mas Erno, petugas Nur Syifa’, Indonesia

:-petikan dari I Am Muslim, Dina Zaman

Satu Masa Dulu


Sometimes writer's block just hit...regardless of how good they be...it happens

Melihat kepada kebangkitan dan kemajuan Mukabuku & kecarian identiti segar & baru Kawanan,


Sebelum Mark Zuckerberg kata pada pada Jonathan Abrams and Cris Emmanuel

"just give up boys!" sambil ketawa jahat bersama kumpulan pelajar-pelajar sains komputernya


Keperluan merekod semula tulisan, compulsory...sebab tempoh hari bila orang mula tanya aku



"When do you start? I dont know you can write?" "I dont write dude, I just talking to myself...with my hand" aku jawab

I talk to myself when the distance separate me with my friends, family & MLS....sigh


Aku mula bercakap dengan diri sendiri.....Satu Masa Dulu...

Woman, Rain, Venus


Hujan, rintik-rintik malam dan derai embun dingin dari helai-helai daun jadi bahan penyejuk. sekali sekala hembus angin seakan menghalakan rasa itu tepat untuk aku sahaja malam itu...

Berjalan dalam renyai yang makin berkawan, is the last thing i want after 8 bloody hours
working the hell out. nasib baik payung kecil peninggalan MLS ada dalam kereta, aku senyum


"Ruffeey tinggal je la payung ni dalam kereta ok? nanti bila perlu boleh guna" kata MLS tempoh hari

aku jawab dengan senyum paling kudus


Woman, they know how to switch my mood They have the key to the moody box dalam tongkol tubuh aku dia sentuh titik sensitif dalam hati aku, kemudian pegun sehingga merasakan cukup aku ditinggal dalam state of guilt yang wajar

dia lepas perlahan-lahan


"Shayang bukan apa tapi...." That's the starting sentence that normally would end up after a very long ups & downs of emotion, low & high tone of telling the story & finally...

"Sorry if you feel like that but it was nice of you to invite me though. I love you so much. Thank you Ruffeey"
ditutup dengan tawa kecil

I mean how they fucking do that? I bet they have some sort of training centre in Venus to teach them how to do just exactly that...fucking smoothly...& still we fucking love them...dearly

Aku menghabiskan langkah yang ke berapa ribu menaiki bukit lafite. malam ini penat & basah terasa berganda

Buka pintu, Lelaki Borneo sedang nyenyak tidur pakai t-shirt Bali...seolah-olah dia pernah pergi ke Bali


"Enough for tonight Ruffeey....at least she loves you... & You did your best to be her best
" sebelah kanan kata


Sebelah kiri kata, "tu lah nyet, ko ingat senang nak bercinta ...ada hati nak kahwin lagi"

Hati aku kata " carpe diem...let's dreaming...zzzzz"

Sunday, August 15, 2010

GATAL TANGAN

Bila hidup terlalu mundane...alergi datang...tangan gatal...idea berselang seli drama...didorong hasutan kiri & kanan...suara hati & akal...keperluan menjurnalkan jalan-jalan hidup...supaya nanti dapat jadi pedoman...supaya nanti dapat jadi cermin...lihat diri sendiri yang dulu...untuk rancang diri yang akan datang

gatal tangan...